Menurut pasukan penyelidik di Hangzhou, China, mereka mendapati bahawa pengambilan makanan bergoreng yang kerap, terutamanya kentang goreng, dikaitkan dengan risiko kebimbangan 12% selain turut menunjukkan risiko kemurungan hampir 7% lebih tinggi berbanding orang yang tidak makan makanan bergoreng.

Dan bukan itu sahaja, ia cenderung berlaku dalam kalangan lelaki muda serta individu dalam lingkungan umur bawah 30 tahun.
Walau bagaimanapun, tiada kajian lain yang lebih jelas dan menyokong kepada hasil dapatan ini. Namun, secara umumnya, makanan bergoreng sememangnya berkait rapat dengan kesan kesihatan yang lain seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan banyak lagi. Oleh itu, pakar pengkaji makanan menyarankan untuk individu berpada-pada dalam kadar pengambilan makanan yang bergoreng dan berminyak.

Untuk pengetahuan anda, kajian yang dilakukan ini melibatkan sekitar 140,728 orang dalam tempoh 11.3 tahun. Selepas mengecualikan peserta yang didiagnosis dengan kemurungan dalam tempoh dua tahun pertama, sejumlah 8,294 kes kebimbangan dan 12,735 kes kemurungan ditemui pada mereka yang mengambil makanan bergoreng, manakala kentang goreng secara khusus didapati mempunyai peningkatan 2% dalam risiko kemurungan.
Sumber: CNN