KFC Hadir Dengan Ayam Goreng Baharu – Lebih Pedas, Lebih Rangup

May 2, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Jangan ketinggalan untuk mencuba ayam goreng baharu dari KFC iaitu KFC Extra Spicy & Crispy.

Untuk hidangan KFC Extra Spicy & Crispy ini, KFC membawakan ayam goreng dengan salutan rangup yang dicampur dengan bahan dari resipi istimewa yang sangat sinonim dengan hidangan KFC. Menambah kelazatan ayam ini adalah campuran herba dan rempah ratus lazat untuk rasa yang lebih pedas dan rangup dalam setiap gigitan.

Bagi anda yang berminat, KFC Ayam Percik sudah boleh didapati bermula hari ini pada harga bermula RM19.99 untuk set Kombo 2-ketulRM25.99 untuk set Kombo 3-ketul dan Extra Spicy & Crispy Box Meal pada harga RM26.49.

Anda juga boleh mendapatkan set kombo 6 ketul dan 10 ketul pada harga RM50.49 dan RM84.49 setiap hidangan.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba KFC Extra Spicy & Crispy dan kongsikan pengalaman anda bersama Tajria. Anda juga boleh mendapatkan hidangan ini melalui pesanan di aplikasi KFC atau layari www.KFC.com.my bermula hari ini!

Muat turun aplikasi KFC (iOS) (Android)

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd