Mickey Mouse Menyambut Ulang Tahun Ke-100 – Terokai Koleksi Kapsul Istimewa Mickey X Cotton On

May 3, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Sempena sambutan ulang tahun ke-100 studio animasi yang paling digemari di dunia, Cotton On teruja untuk memperkenalkan koleksi kapsul Mickey yang serba baharu, menampilkan rekaan daripada Keith Haring dan Callum Preston yang direka semula dalam 70 gaya untuk wanita dan lelaki.

Membawakan ilustrasi pada pakaian yang unik dan menarik, Mickey X Cotton On dilihat akan menjadi antara koleksi pakaian yang sesuai untuk digayakan pada bila-bila waktu dan mana-mana acara santai. Malah, tidak hanya terhad pada satu-satu gaya pakaian sahaja, penggemar juga boleh padan-suai (mix & match) kesemua pakaian yang ditawarkan supaya ia kelihatan lebih diperibadikan.

Dari segi warna, koleksi pakaian lelaki Mickey X Cotton On menampilkan pilihan warna yang terang dan vibrant jika dibandingkan dengan pakaian wanita yang memfokuskan kepada penawaran warna yang tampak feminin.

Selain daripada pakaian, koleksi kapsul Mickey X Cotton On ini juga hadir dengan pelbagai kelengkapan fesyen yang lain termasuk sneakers, stokin, topi, kerangka telefon pintar dan banyak lagi.

Untuk mendapatkannya, anda boleh berkunjung ke rangkaian fizikal Cotton On berdekatan anda bermula hari ini dan terokai kelengkapan fesyen serba baharu anda menerusi koleksi kapsul Mickey X Cotton On!

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd