Carian
Afghanistan, Papua New Guinea Antara Negara Yang Paling Terkesan Akibat Cuaca Panas Melampau
May 3, 2023 Lina Rosli

Secara umumnya, gelombang haba sememangnya menyebabkan kesan negatif ke atas persekitaran. Sebagai contoh, cuaca panas melampau boleh mengurangkan kualiti udara, memburukkan lagi kemarau, meningkatkan risiko kebakaran hutan serta menyebabkan infrastruktur menjadi lekang.

Malah, sekiranya ia berlaku secara konsisten, ia juga secara tidak langsung akan menjejaskan kesihatan manusia.

Jika anda lihat, cuaca panas melampau merupakan salah satu bencana alam yang paling memberi kesan kepada individu. Ini kerana ia boleh mencetuskan strok haba dan seterusnya membuatkan individu mudah berasa letih selain turut mencetuskan pelbagai gejala berbahaya termasuk sakit kepala, pening, loya dan kehilangan kesedaran.

Bagi yang tidak mengetahui, strok haba adalah penyakit berkaitan haba yang paling serius, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit. Apabila tubuh terdedah kepada cuaca panas, ia akan menyebabkan suhu badan meroket dalam beberapa minit, dan boleh menyebabkan hilang upaya kekal atau kes yang lebih terus melibatkan kematian.

Dan untuk pengetahuan anda, dalam satu laporan dalam jurnal Nature Communications, antara negara yang terkesan akibat cuaca panas melampau ini termasuk tempat yang maju dari segi ekonomi seperti Jerman, Belanda, Belgium dan Luxembourg, serta wilayah China di sekitar Beijing.

Selain itu, negara membangun seperti Afghanistan, Guatemala, Honduras dan Papua New Guinea juga berkemungkinan akan mengalami isu kekurangan sumber asas dalam memastikan keselamatan individu kesan daripada pemanasan global. Suhu di negara-negara ini juga dilihat mencecah hampir 50 darjah Celsius.

Kawasan lain yang berisiko juga termasuklah Rusia, barat laut Argentina dan bahagian timur laut Australia.

Komen