1 Daripada 2 Unit Jam Tangan Edisi Terhad Rolex Honda Date Ditawarkan Pada Nilai RM110,950

May 5, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Menampilkan jam yang diperbuat daripada besi keluli tahan karat, Rolex sebelum ini telah hadir dengan seutas jam tangan edisi terhad yang menampilkan cop logo ‘Honda’ berwarna merah pada muka jam.

Berdasarkan perkongsian, jam tangan Rolex Honda Date ini hanya ada dua unit sahaja di pasaran. Dan satu daripada dua unit jam tangan berkenaan mula ditawarkan di pasaran pada nilai USD$25,00 iaitu sekitar RM110,950 seunit.

Menurut Wind Vintage, jam tangan Honda Rolex Date yang memperlihatkan nombor rujukan Ref. 15000 ini sebelum ini telah dimiliki seseorang individu. Namun, ianya tidak pernah digunakan oleh beliau dan hanya tersimpan di dalam kotak sehingga lebih dari satu dekad.

Selain daripada penampilan logo Honda pada muka jam, jam tangan ini juga turut hadir dengan ukiran lain di bahagian belakang jam yang bertulis “Honda Bowl Winner ’85.”

Bagi yang tidak mengetahui, Rolex Honda Date ini menggunakan model Oyster Perpetual yang unik dan menarik. Ia menampilkan nilai estetika yang memfokuskan kepada gaya universal dan klasik. Ia juga merangkumi bentuk dan fungsi yang sering menjadi simbol ikonik Rolex selain menumpukan kepada rekaan yang sederhana dan minimalis.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd