Pada musim panas ini, Love, Bonito telah melancarkan koleksi baharu yang trendy dan menarik untuk para ibu. Ia bukan sahaja direka dengan kepentingan untuk keselesaan si pemakai tetapi juga membantu mengurangkan visual benjolan khusus untuk para ibu yang sudah berada di peringkat trimester yang terakhir.
Berdasarkan perkongsian Love, Bonito, mereka memfokuskan kepada rekaan yang menggabungkan permainan tekstur, warna dan butiran tali yang bersesuaian.
Untuk koleksi pakaian biasa, jenama ini nampaknya memperlihatkan elemen yang minimalis. Sebagai contoh, Joni Padded Straight Leg Jumpsuit adalah antara pilihan pakaian yang mementingkan keselesaaan. Manakala Paola Multi Colour Knit Top pula hadir dengan hasil penampilan yang ceria umpama anda sedang membeli-belah. Dipadankan dengan Kira Classic Tailored Straight Leg Pants, set ini serta-merta memberikan anda keselesaan dan penuh keyakinan.
Sementara untuk para ibu, koleksi Embrace: Maternity baharu merupakan koleksi penting musim ini yang mana ia bukan sahaja menjadikan ibu-ibu lebih bergaya yang selesa tetapi turut menampilkan fungsi penting untuk kelancaran pergerakan sepanjang beraktiviti. Antara yang boleh anda dapatkan adalah Lindsey Maternity Nursing Button Down Knit Dress dan Nalla Maternity Nursing Pleat Jumpsuit! Pakaian-pakaian ini tersedia dengan ciri-ciri menyusu mudah seperti butang di depan dan penutupan zip di sisi.
Diperbuat daripada kapas nipis yang membenarkan udara untuk beredar dan bergerak bebas melalui fabrik, Aldari Maternity Supima Cotton Tee adalah baju yang akan membantu anda mengatasi hangat memerah. Jangan lepaskan peluang untuk tampil dengan set serasi bersama si kecil menerusi koleksi Billie Unisex Embroidered Shirt in Humble Abode.
Koleksi Mei Love, Bonito berharga dari RM85-RM220 dan dilancarkan mulai 2 Mei di kedai dan dalam talian. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.lovebonito.com/my.