Carian
Ini 7 Lokasi Kenangan Coffee Yang Boleh Anda Kunjungi Di Malaysia – KLCC, MyTown, Wangsa Walk Dan IOI City Mall
May 8, 2023 Lina Rosli

Kini, rangkaian kopi grab-and-go yang paling pesat berkembang di Indonesia, iaitu Kenangan Coffee telah mempunyai 7 cawangan di sekitar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Antara lokasi yang boleh anda kunjungi termasuklah:

  1. Kenangan Coffee KLCC
  2. Kenangan Coffee NU Sentral
  3. Kenangan Coffee Pavillion Kuala Lumpur
  4. Kenangan Coffee MyTown Cheras
  5. Kenangan Coffee Wangsa Walk
  6. Kenangan Coffee Sunway Pyramid
  7. Kenangan Coffee IOI City Mall

Menggunakan nama Kenangan Coffee, jenama ini hadir dengan pelbagai pilihan menu yang boleh anda cuba termasuklah:

  • Kenangan Latte – RM9.90 (Panas), RM10.90 (Sejuk)
  • Creamy Latte – RM9.90 (Panas), RM10.90 (Sejuk)
  • Avocado Coffee – RM12.90 (Sejuk)
  • Avocado Milk – RM11.90 (Sejuk)

Selain menampilkan kopi yang sedia dibancuh, Kenangan Coffee turut hadir dengan pilihan kopi kisar (Single Origin) yang boleh didapati terus dikedai. Empat pilihan kopi kisar yang ditawarkan adalah Kenangan Blend yang memfokuskan kepada rasa nota coklat yang pekat, manakala Bumi Flores pula hadir dengan rasa biji kopi yang lebih unik yang mana ia menggabungkan rasa antara gula perang, rempah ratus dan juga buah limau kering. Dua kopi kisar yang lain pula dikenali sebagai Malabar dan juga Solok.

Bagi yang tidak mengetahui, Kenangan Coffee diasaskan oleh Edward Tirtanata bersama dengan James Prananto dan Cynthia Chaerunnisa pada 2017. Dan sehingga ke hari ini, jenama ini telah mempunyai lebih daripada 800 kedai di 45 bandar di Indonesia. Ia juga turut telah menjual lebih daripada 30 juta cawan kepada umum pada tahun 2020.

Komen