Sebagai jenama perlindungan kuman yang paling dipercayai di dunia, Dettol Malaysia telah memulakan satu misi untuk membantu ibu bapa baru melindungi anak kesayangan mereka yang baru lahir terutamanya dalam tempoh semasa bayi.

Menurut Global Hygiene Council, sistem imun bayi yang baru lahir hanya mula menghasilkan antibodi sendiri pada usia dua hingga tiga bulan. Sehinggalah jadual vaksinasi bermula, bayi amat mudah terdedah kepada jangkitan lazim termasuklah jangkitan pernafasan seperti:

  • demam
  • selsema
  • jangkitan gastrousus seperti cirit-birit dan muntah-muntah

Selain daripada meneruskan penyusuan susu ibu, jika boleh, penting untuk ibu bapa melindungi bayi daripada potensi jangkitan dalam sekitar rumah yang mana 78% daripada mainan kanak-kanak mengandungi jangkitan daripada mikroorganisma.

Untuk memastikan ibu bapa bersedia dengan penyelesaian yang terbaik untuk memastikan persekitaran yang selamat daripada bakteria berbahaya, Dettol Malaysia telah memulakan satu program untuk menyerahkan lebih 240,000 ‘kit perlindungan bayi’ kepada para ibu baru. Kit ini membenarkan ibu bapa menyahjangkit dan membersih setiap inci rumah mereka dalam penyediaan menyambut ketibaan si kecil di rumah.

Hal ini kerana, dalam persekitaran kita, individu terdedah kepada beratus-ratus antigen dalam seharian, daripada habuk, debu, virus kepada bakteria. Sebagai pakar kebersihan, Dettol membantu membasmi 99.99% virus, bakteria dan varian Omicron COVID-19. Dan dengan ini, ibu bapa dengan mudah rasa yakin, terjamin dan tenang untuk menggunakannya pada setiap hari.

Tambahan pula, Dettol turut mengesyorkan penggunaan penyembur Dettol Antibacterial Liquid & Disinfectant pada permukaan dan pakaian bagi memastikan perlindungan bayi di tahap optimum:

  • Fokus kepada membersihkan kaunter meja, lantai dan apa-apa yang mungkin disentuh anak anda. Selain daripada menyapu dan membersih habuk, anda juga perlu menyahjangkit permukaan-permukaan yang diguna pada setiap hari untuk membunuh kuman atau kotoran yang ada. Permukaan dalam rumah selalu digunakan dan disebabkan itu, permukaan ini menjadi kawasan utama bagi virus dan kuman yang boleh menyebabkan anak atau ibu bapa jatuh sakit. Penggunaan disinfectant spray boleh mengurangkan penyebaran kuman ini.
  • Penting untuk membasmi kuman sebelum tersebar. Pakaian bayi kotor yang diletakkan di dalam bakul pakaian kotor mudah terdedah kepada pertumbuhan kuman terutamanya apabila dibiarkan dalam tempoh yang lama. Membasuh pakaian dengan bahan cuci antibakteria yang selamat pada kulit boleh menghalang penyebaran kuman dan memberi keselesaan kepada anak anda.
  • Tangan yang bersih adalah kuncinya. Penting untuk anda kerap membasuh tangan, terutamanya selepas menyalin lampin, menggunakan tandas dan sebelum menyediakan formula, botol- atau penyusuan susu ibu kepada anak. Penting juga bagi pengasuh bayi anda untuk peka dengan vaksinasi mereka. Vaksinasi dapat membentuk perlindungan di persekitaran anak anda sehingga sistem imun mereka berkembang.
  • Hadkan interaksi anak anda. Disebabkan bayi baru lahir sensitif kepada persekitaran dan orang baru, ibu bapa dinasihatkan meminimumkan ziarah-menziarahi sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu pertama. Anak anda tanpa disedari boleh dijangkiti dengan penyakit serius atau boleh membawa maut melalui pendedahan kepada orang baru. Cuba untuk tidak membenarkan orang baru untuk mencium atau memeluk si kecil sementara anak anda menguatkan sistem imunisasi mereka kerana mereka masih belum dilindungi dengan vaksin. Jika tetamu anda tidak terdiri daripada kalangan ahli rumah, sediakan tisu basah antibakteria di atas meja atau di kawasan pintu masuk supaya tetamu boleh menggunakannya bagi mengehadkan penyebaran kuman sebelum berjumpa si kecil.
  • Bawa jumpa doktor jika demam dengan suhu 38C atau lebih bagi bayi baru lahir kurang dari 3 bulan (terutamanya bayi berusia 1 hingga 2 bulan) kerana bayi ini memerlukan perhatian perubatan dengan segera. Untuk kanak-kanak yang lebih berusia, jumpa doktor jika demam lebih daripada beberapa hari atau demam tidak kebah dengan ubat penurun demam. 

Banyak virus dan penyakit lain yang boleh diuruskan di rumah. Ibu bapa tidak akan sentiasa dapat melindungi anak mereka daripada setiap kuman di dunia ini. Jatuh sakit adalah sebahagian daripada kehidupan, terutamanya dalam usia beberapa tahun pertama, namun untuk perlindungan yang lebih baik, Dettol ada bersama para ibu bapa.