Menjadi ibu bapa baharu adalah tugas yang menggentarkan, terutamanya apabila anda kini mempunyai si kecil untuk dijaga dan disayangi. Bimbangkan keselamatan dan kesihatan, pastinya anda akan melalui satu malam tanpa tidur, dan kadangkala terpaksa membersih dan berkejar antara tugasan kerja di pejabat dan tugasan harian di rumah.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk anda mengetahui cara terbaik untuk kekal tenang dan munasabah di dalam pelbagai situasi yang melibatkan kebersihan dan keselamatan anak-anak. Ini adalah 10 tips yang boleh anda lakukan untuk memastikan anda dan pasangan boleh menikmati kemanisan keibubapaan dengan tenang.

Menjaga Keselamatan Persekitaran Anda 

Bayi lebih mudah untuk terdedah kepada penyakit dalam minggu-minggu pertama selepas tiba di rumah jadi, cuba pastikan persekitaran si kecil bebas daripada bakteria sebaik mungkin.

  • Fokus kepada kebersihan lantai, katil, kerusi tinggi, barang mainan dan apa-apa barangan yang mungkin di sentuh anak anda. Selain daripada mengelap dan membersih habuk, anda perlu menyahjangkit permukaan-permukaan yang diguna pada setiap hari dengan Dettol Antibacterial Liquid untuk membunuh sebarang kuman atau kotoran yang ada. Permukaan dalam rumah dan kereta sorong bayi selalu digunakan dan disebabkan itu permukaan ini menjadi kawasan utama bagi virus dan kuman yang boleh menyebabkan si kecil atau anda jatuh sakit. Penggunaan Dettol Disinfectant Spray boleh mengurangkan penyebaran kuman-kuman ini.
  • Penting untuk menghalang kuman sebelum merebak. Pakaian bayi kotor yang diletakkan di dalam bakul pakaian kotor mudah terdedah kepada pertumbuhan kuman terutamanya apabila dibiarkan dalam tempoh yang lama. Membasuh pakaian dengan bahan cucian antibakteria yang selamat pada kulit boleh membasmi penyebaran kuman dan memberi keselesaan kepada anak anda. Kuman dan kotoran daripada peluh semasa tidur menyeliputi bantal dan cadar tanpa anda ketahui. Cuci bantal anda dan bantal bayi dengan kitaran lembut dan keringkannya supaya kekal bersih dan tidak berhabuk.
  • Pastikan tangan sentiasa bersih. Perkara ini sudah terang lagi bersuluh tetapi dengan bayi baru, kita mudah lupa perkara asas dalam rutin harian. Penting untuk anda pastikan tangan sentiasa bersih bagi menghalang kuman daripada tersebar. Memandangkan anda menggunakan tangan dalam semua perkara, daripada memasak sehingga membersih, gunakan Dettol’s Liquid Handwash atau sanitiser untuk memastikan tangan anda bersih sebelum mengangkat atau bermain dengan si kecil.
  • Hadkan interaksi anak anda. Disebabkan bayi baru lahir sensitif kepada persekitaran dan orang baru, ibu bapa dinasihatkan meminimumkan ziarah-menziarahi sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu pertama. Anak anda tanpa disedari boleh dijangkiti dengan penyakit serius atau boleh membawa maut melalui pendedahan kepada orang baru.
  • Cuba untuk tidak membenarkan orang baru untuk mencium atau memeluk si kecil sementara anak anda menguatkan sistem imunisasi mereka kerana mereka masih belum dilindungi dengan vaksin. Jika tetamu anda tidak terdiri daripada kalangan ahli rumah, sediakan Dettol Antibacterial Wipes atau Dettol Sanitizer di meja atau di kawasan pintu masuk supaya tetamu anda boleh menggunakannya untuk mengehadkan penyebaran kuman sebelum berjumpa dengan si kecil.

Penjagaan Diri Sama Penting Dengan Penjagaan Bayi

  • Untuk mengelakkan tugasan menjaga kebersihan rumah berseorangan, kongsilah tugasan. Senaraikan tugasan yang perlu dilakukan secara harian, mingguan dan bulanan. Jangan lupa untuk menjadualkan masa untuk diri sendiri yang berasingan daripada hal rumah. Penjagaan diri juga penting dan adalah sebahagian daripada pengurusan hal rumah.
  • Aromaterapi terbukti sangat membantu dalam melepaskan lelah harian atau tekanan, jadi pilihlah aroma yang wangi dan terapi ini memberikan anda semangat baru untuk terus menjadi ibu atau bapa yang terbaik.
  • Jadikan rutin tidur si kecil satu rutin tidur untuk anda sendiri. Mungkin rutin ini tidak akan berlaku pada masa yang sama pada setiap hari seperti tugasan anda yang lain, tetapi tidur memberikan badan dan diri anda rehat yang selayaknya sepanjang hari. Pastikan monitor bayi ada di samping anda supaya bersiap sedia apabila si kecil perlukan sesuatu.

Kongsi Perancangan Penjagaan Anak Bersama Pasangan

  • Jika anda berhadapan masalah untuk menghasilkan susu atau anak anda enggan tidur, jangan salahkan diri sendiri. Dapatkan nasihat dan bantuan daripada pasangan untuk mencapai solusi yang optimum.
  • Beberapa bulan pertama akan penuh dengan cabaran dan mereka yang boleh memahami situasi anda hanyalah orang yang melalui perkara yang sama, pada masa yang sama. Kami cadangkan supaya semua ibu bapa baru menyertai kumpulan keibubapaan. Kebanyakan kelas akan mengumpulkan keluarga yang mempunyai bayi yang sebaya, jadi semua orang sedang menghadapi perkara yang sama pada masa yang sama. Ini menjadi punca rujukan yang sangat membantu—dan saluran yang sangat diperlukan.
  • Percaya naluri anda. Ibu bapa baru perlu lakukan apa yang sesuai untuk mereka dan anak mereka. Jangan rasa bersalah atau terpaksa untuk melakukan apa-apa yang tidak sesuai untuk keluarga anda. Pada awalnya, semuanya adalah satu fasa atau tahap, dan perkara-perkara yang menyebabkan anda tidak boleh tidur lambat laun akan menjadi perkara biasa.

Walaupun menjadi seorang ibu atau bapa adalah kerja sepenuh masa kerana ia mengambil satu hari pada satu masa, namun ia sebenarnya mampu memberikan ketenangan jiwa. Dettol memahami bahawa menjadi ibu bapa baru penuh dengan cabaran tetapi ibu bapa ialah wira yang tidak didendang dalam kehidupan mana-mana anak.

Bersempena dengan Hari Ibu Bapa, Tajria bersama-sama Dettol ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu Bapa. Nikmatilah perjalanan keibubapaan dan percayalah anda tidak keseorangan. Sebagai jenama disinfektan yang paling dipercayai di dunia yang membunuh 99.99% virus, Dettol menawarkan produk yang dikatakan mampu memberikan perlindungan harian yang mudah.

Untuk maklumat lanjut bagaimana untuk mengekalkan bahagian-bahagian lain dalam rumah bersih — sementara anak anda membesar, layari www.dettol.com.my dan www.dettol.com.sg.