Carian
Signature Market Mula Hadir Dengan Label Rak Elektronik – Turut Membenarkan Pesanan Secara Atas Talian
May 17, 2023 Lina Rosli

Signature Market kini telah membuka cawangan kedai runcit pertamanya di Lembah Klang yang menampilkan kemudahan serba moden kepada pengunjung.

Terletak di lot LG-215, IOI City Mall, Putrajaya, cawangan ini merupakan kedai runcit mudah alih pertama Signature Market. Pengenalan cawangan ini merupakan sebahagian daripada strategi Signature Market untuk terus meluaskan pengalaman gabungan atas talian di luar talian (OmO).

Untuk meningkatkan pengalaman beli-belah, Signature Market telah melabur dalam Label Rak Elektronik (ESL) untuk menyelaras harga atas talian di laman rasmi Signature Market dengan kedai runcitnya.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih Signature Market untuk menavigasi kedai, mendapatkan butiran penuh produk dan promosi tambahan yang sepadan dengan peringkat keahlian mereka.

Melalui aplikasi Signature Market lagi, pelanggan boleh menjejaki pembelian mereka secara atas-talian ataupun di kedai fizikal, mengumpul mata, menaik taraf peringkat keahlian mereka dan mendapatkan kupon khas yang tersedia untuk penebusan.

Selari dengan itu, Signature Market menawarkan diskaun tambahan sebanyak 20% daripada jumlah belian di kedai mereka kepada pelanggan sebagai insentif untuk muat turun aplikasi dan meningkatkan peringkat keahlian mereka. Baucar eksklusif ini sah untuk ahli baharu dan sedia ada dan boleh ditebus di cawangan IOI City Mall dari 15 Mei hingga 14 Jun 2023.

Komen