Mendapat sambutan yang baik dari masyarakat Korea Selatan yang menggemari kopi mudah sedia, Nespresso nampaknya kini telah membawa secara eksklusif mesin kopi serba baharu mereka untuk pasaran Malaysia, dikenali sebagai NESPRESSO Vertuo.

Untuk pengetahuan anda, NESPRESSO Vertuo hadir dengan ciri mengenalpasti kapsul kopi (capsule recognition) yang memudahkan penyediaan kopi harian anda dengan hanya menekan satu butang sahaja. Mesin kopi ini kemudiannya akan mengetahui jenis kapsul yang digunakan dan ia akan menetapkan teknik pembancuhan secara automatik.

Melalui ciri ini, individu boleh mendapatkan hidangan kopi yang bertepatan dengan kapsul yang dipilih sekaligus turut mengenalpasti nota kopi yang dipadankan dalam setiap kapsul kopi. Ciri ini akan melakukan beberapa perkara sebelum menghidangkan secangkir kopi iaitu melaraskan parameter membancuh seperti suhu, krema, aliran, kelajuan putaran dan masa sentuhan air ke kopi untuk memberikan hasil terbaik dalam setiap cawan.

Bagi yang tidak mengetahui, NESPRESSO Vertuo hadir dengan 37 jenis kapsul berbeza profil untuk 6 pilihan cawan pelbagai saiz iaitu Espresso, Gran Lungo, Master Origin, Double Espresso, XL, Craft Brew, Mug dan juga Barista Creations.

Untuk mendapatkan NESPRESSO Vertuo, ia ditawarkan dalam dua pilihan mesin kopi pada harga bermula RM1199 seunit untuk Vertuo Next dan RM1299 seunit untuk Vertuo Next Premium.