Carian
FamilyMart Kini Buka Cawangan Pertama Di Pantai Timur – Lokasi Terletak Di Kuantan
May 17, 2023 Lina Rosli

Setelah mengumumkan bahawa rangkaian mereka kini telah mendapat sijil halal oleh JAKIM, FamilyMart nampaknya tidak berhenti dalam memperkukuhkan kedudukan mereka di dalam pasaran.

Kedai serbaneka popular dari Jepun ini dilihat mula memperluaskan penawaran mereka kepada penduduk di pantai timur Malaysia. Bermula dengan pembukaan cawangan pertama bagi negeri Pahang, FamilyMart memilih KotaSas,Kuantan sebagai lokasi yang ideal untuk kedai mereka.

Selain menawarkan snek, makanan sejuk beku, minuman dalam tin dan lain-lain, FamilyMart turut menampilkan FamiCafe yang hadir dengan variasi pilihan makanan panas dan juga kopi untuk dinikmati.

Bersempena dengan pelancaran cawangan baharu ini juga, terdapat pelbagai promosi dan diskaun yang ditawarkan kepada pengunjung. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke FamilyMart KotaSas bermula hari ini.

Komen