Coway Memperkenalkan Logo Baharu – Menandakan Komitmen Berterusan Kepada Perubahan

May 17, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Selepas 17 tahun hadir ke dalam pasaran, kini Coway mula memperkenalkan dan memperbaharui identiti mereka dengan pengenalan logo, ikon dan juga fokus baharu untuk penawaran pada masa akan datang.

Menggunakan muka taip yang lebih minimalis dan segar untuk logo, Coway dilihat kekal komited dalam menawarkan barisan produk yang memfokuskan kepada penjagaan. Selain itu, Coway turut menekankan bahawa akan frasa ‘Changeyang juga merupakan fokus utama mereka dalam meningkatkan kualiti hidup melalui produk inovatif dan perkhidmatan yang telus.

Untuk ikon pula, Coway turut memperkenalkan ikon berputar yang merujuk kepada inovasi. Ikon ini menandakan akan komitmen Coway dalam menerokai keperluan masyarakat tempatan dan hadir dengan solusi yang bertepatan dengannya.

Di dalam acara Brand Renewal yang berlangsung baru-baru ini juga, wakil-wakil dari Coway Malaysia berkongsi mengenai perjalanan dan evolusi jenama Coway sejak pertama kali ia memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2006.

Coway telah mengembangkan penawaran produknya dari penulen air serta penulen udara kepada pengalaman peralatan rumah yang lebih holistik untuk individu di Malaysia. Coway turut tidak ketinggalan memperlihatkan produk baharu mereka yang ditawarkan secara eksklusif di Malaysia iaitu Penyaman Udara Coway serta Kerusi Urut Coway terbaru.  

Bergerak ke hadapan, Coway turut komited dalam hadir dengan pelbagai kategori produk selain bakal memasuki beberapa sektor baharu untuk pelan jangka masa panjang.

Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai acara Brand Renewal Coway, anda boleh layari www.coway.com.my/ourpromisetoyou

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd