Carian
Minute Maid Dijenamakan Semula Selepas 75 Tahun Diperkenalkan – Kenali Wajah Baru Minute Maid
May 18, 2023 Lina Rosli

Setelah lebih daripada 75 tahun menjadi antara jenama jus terbesar di dunia, Minute Maid, kini telah melancarkan penjenamaan semula global pertamanya yang memfokuskan kepada perbaharuan identiti visual dan kempen global.

Mula bertapak di pasaran sejak tahun 1946, jenama ini dilihat telah hadir dengan varieti jenis dan kategori produk yang ditawarkan secara meluas di pasaran.

Oleh yang demikian, bagi memastikan identiti Minute Maid kekal relevan kepada pengguna, jenama ini mengambil langkah holistik dalam menampilkan reka bentuk global yang lebih unik dan fleksibel.

Identiti visual baharu ini memperlihatkan penggunaan palet warna yang lebih terang dan meriah di samping mengetengahkan tona warna yang selari dengan buah-buahan. Selain itu, Minute Maid juga turut menampilkan penggunaan muka taip yang lebih lembut dan semula jadi sekaligus memberi tenaga baharu ke dalam ekspresi Minute Maid yang biasa.

Masih mengekalkan elemen fotografi, tetapi kali ini Minute Maid hadir dengan visual asimetri dinamik yang merujuk kepada perasaan bertenaga yang dicari oleh pengguna hari ini.

Slogan Minute Maid kali ini adalah “Filled with Life”, yang bermaksud dipenuhi dengan kehidupan ini memfokuskan kepada mesej yang ingin menjemput pengguna untuk menikmati dan menyegarkan diri mereka dengan pilihan untuk rasa, tekstur dan khasiat yang hebat.

Berdasarkan perkongsian Minute Maid, identiti dan kempen ini dilaksanakan dengan kerjasama JonesKnowlesRitchie, Grey, VMLY&R dan Landor&Fitch.

Komen