Kebanyakan individu masa kini nampaknya sudah mula mengambil serius akan jenis-jenis bahan yang ditampilkan di dalam sesuatu produk. Tidak kira melibatkan makanan mahupun produk kecantikan, penggunaan bahan-bahan semula jadi dan dihasilkan dari tumbuhan-tumbuhan sudah seperti menjadi satu kriteria penting sebelum membuat pembelian.

Salah satu kelebihan produk penjagaan kulit vegan adalah, produk ini dikatakan lebih memberikan keselesaan pada kulit kerana ia mungkin menggunakan kuantiti perengsa kimia yang lebih sedikit atau hampir tiada berbanding produk-produk biasa.

Malah, produk penjagaan kulit vegan juga menawarkan sumber antioksidan dan vitamin yang luar biasa yang dapat menghasilkan kulit yang kelihatan sihat dan segar.

Terbaru, Melixir, sebuah jenama produk kecantikan kulit daripada Korea Selatan telah memperkenalkan barisan produk penjagaan kulit jenis vegan yang dirumus dengan bahan berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi.

Dan kini, ia memasuki pasaran Malaysia dalam mengetengahkan barisan produk yang pelbagai untuk kebanyakan individu. Berpegang teguh kepada falsafah alam semula jadi yang berakar umbi sebagai bentuk kecantikan yang paling tulen, produk mereka diilhamkan daripada tumbuhan ubatan Asia yang direka untuk kulit sensitif.

Antara produk Melixir yang ditawarkan termasuklah Pelembap Vegan, Pelindung Matahari Vegan Airfit SPF50 dan Vegan Lip Butter. Kesemua produk ini dirumus dengan bahan berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dan istimewa yang vegan, tidak toksik dan hypoallergenic sesuai untuk semua keperluan penjagaan kulit.

Selain itu, Melixir juga bebas kekejaman dan dibuat tanpa paraben, sulfat, phthalates, minyak mineral, formaldehid dan diperakui Clean at Sephora.