Carian
Byakuya, Aiskrim Termahal Di Dunia Berharga Sekitar RM29,252
May 24, 2023 Lina Rosli

Dikenali sebagai Byakuya, aiskrim ini ditawarkan pada harga $6380 iaitu sekitar RM29,252 jika ditukar kepada nilai Ringgit Malaysia.

Berdasarkan perkongsian Guinness World Records, Byakuya ini ditawarkan oleh sebuah jenama aiskrim dair Jepun iaitu Cellato yang mengambil masa sekitar setahun setengah (1.5 tahun) untuk menghasilkannya.

Cellato mengatakan mereka menggunakan hanya bahan terbaik untuk menghasilkan Byakuya. Ia memperoleh truffle putih eksklusif dari Alba, sebuah jenama truffle yang terbaik di Itali dan juga beberapa bahan lain seperti daun emas yang boleh dimakan, dua jenis keju termasuk Parmigiano Reggiano dan “Sakekasu,” iaitu pes yang diperoleh daripada proses membuat sake.

Untuk pengetahuan anda juga, faktor utama yang menjadikan aiskrim ini mempunyai nilai yang sangat tinggi adalah disebabkan oleh truffle putih yang digunakan di dalamnya yang berharga sekitar 2 juta yen Jepun (bernilai hampir $15,192) sekilogram.

Komen