Samsung memperkenalkan barisan produk baharu untuk rumah yang memfokuskan kepada personalization (diperibadikan) iaitu Samsung Neo QLED 8K TV dan juga Samsung Bespoke Top Mount Freezer Refrigerator.

Menurut Samsung, selari dengan perubahan dalam trend gaya hidup masyarakat di Malaysia, jenama teknologi terkemuka ini membawakan pengalaman serba baharu kepada pengguna menerusi kedua-dua produk baharu ini yang merangkumi keunikan rekaan, penawaran ciri dan fungsi menarik dan lain-lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kedua-dua produk ini, berikut adalah beberapa penawaran menarik yang boleh anda dapatkan pada Samsung Neo QLED 8K TV dan juga Samsung Bespoke Top Mount Freezer Refrigerator.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Samsung Neo QLED 8K TV?

Menampilkan rekaan dengan skrin infiniti, sudah tentu pengalaman tontonan drama dan program TV kegemaran anda di televisyen akan menjadi lebih maksima.

Samsung Neo QLED 8K TV juga hadir turut dikuasakan oleh teknologi Neural Quantum Processor 8K yang menyokong kecerdasan buatan serta teknologi machine learning untuk menghasilkan butiran imej yang jelas dan jitu pada skrin.

Selain itu, ciri yang paling menarik pada Samsung Neo QLED 8K TV adalah mod EyeComfort yang akan mengubah warna dan pencahayaan pada skrin mengikut keadaan dan waktu semasa. Melaluinya, anda tidak perlu risau akan kedudukan televisyen anda di rumah untuk mendapatkan keselesaan sewaktu tontonan.

Akhir sekali untuk Samsung Neo QLED 8K TV juga, anda boleh memadankannya bersama pembesar audio luar iaitu Soundbar Siri Q untuk mendapatkan kualiti audio yang baik menerusi teknologi Q-Symphony. Menurut Samsung, teknologi ini membenarkan televisyen dan juga pembesar suara pada peranti untuk beroperasi dengan lebih baik mengikut keadaan persekitaran.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Samsung Bespoke Top Mount Freezer Refrigerator?

Untuk model Bespoke bagi peti sejuk terbaru Samsung, ia hadir dengan 7 pilihan warna yang boleh ditukar dan diperibadikan mengikut citarasa pengguna. Dengan ini ia boleh disesuaikan bersama dengan perabot dalaman di dapur rumah anda tanpa perlu mengubahsuai keseluruhan ruangan.

Apa yang menarik untuk peti sejuk Bespoke keluaran Samsung ini, ia menggunakan kemasan gelas yang boleh ditulis menggunakan pen untuk tujuan meninggalkan memo. Antara pilihan warna yang ditawarkan adalah Clean Vanilla, Clean White, Clean Black, Clean Pink, Clean Navy dan Clean Peach.

Jika anda menggemari kemasan bukan berkilau, Samsung Bespoke Top Mount Freezer Refrigerator turut memperkenalkan kemasan Cotta yang hadir dengan 3 pilihan warna iaitu PCM White, PCM Charcoal and PCM Pink.

Untuk Samsung Bespoke Top Mount Freezer Refrigerator ini, ciri dan fungsi yang paling menarik perhatian Tajria adalah:

  • ruangan sejuk yang boleh dikustomasi – mod sejuk biasa dan mod sejuk beku
  • jumlah kapasiti keseluruhan; 404L dan 476L
  • bahagian Optimal Fresh+ yang luas untuk tujuan penyimpanan sementara bahan masakan
  • fungsi jimat tenaga menerusi SmartThings AI Energy Mode yang membolehkan individu untuk mengawal tenaga elektrik yang digunakan sehingga 7%
  • waranti untuk kompresor selama 20 tahun

Sekiranya berminat, anda boleh mendapatkan Samsung Neo QLED 8K TV pada harga bermula RM15,199 untuk saiz 65-inci dan mencecah sehingga RM43,699 untuk saiz 85-inci.

Sementara Samsung Bespoke Top Mount Freezer Refrigerator pula berharga RM3,199 untuk versi 404L dan RM3,399 untuk kapasiti 476L.