Seiko 5 Sports, yang akan meraikan ulang tahunnya yang ke-55 pada tahun 2023, telah bekerjasama dengan PEANUTS, siri komik yang digemari di peringkat antarabangsa yang pertama kali muncul pada tahun 1950.
Menampilkan watak-watak daripada komik, jam tangan ini menggunakan dua rekaan popular Seiko iaitu SKX Sports Style dan Field Sports Style. Ia kemudiannya diperhalusi dengan imej watak PEANUTS yang mana setiap perincian reka bentuk telah dipertimbangkan dengan teliti dalam model ulang tahun ini, yang dicipta khas untuk peminat.
Charles M. Schulz pertama kali memperkenalkan dunia kepada PEANUTS pada tahun 1950, apabila jalur komik itu muncul di tujuh akhbar. Sejak itu, Charlie Brown, Snoopy dan seluruh geng PEANUTS telah menjadi antara watak ikonik yang tidak pernah tenggelam dek budaya popular di seluruh dunia.
Dari sudut rekaan, jam tangan ini menampilkan reka bentuk yang dikaitkan dengan seni PEANUTS yang asli. Dalam SRPK25, Snoopy adalah seorang pelayar dan ia memperlihatkan ilustrasi papan luncur pada dail Seiko 5 Sports. Ini sekaligus memberikan hasil kemasan jam ini terasa unik yang hanya dapat dicapai oleh kerjasama.
Manakala ilustari SRPK27 pula, ia menggambarkan Snoopy terbang di udara sebagai helikopter, telinga panjangnya berfungsi sebagai kipas dan kawan baiknya Woodstock sebagai juruterbang. Payung terjun pada bahagian belakang kes adalah reka bentuk asal Seiko 5 Sports, yang turut mewujudkan perasaan istimewa yang unik untuk kerjasama itu.
Untuk mencipta jam tangan kolaboratif yang menghidupkan dunia karya seni pada pergelangan tangan, skrip lukisan tangan Charles Schulz telah diterima pakai pada paparan bezel SPRK25, pada dail SPRK27, dan untuk teks ‘EDISI TERHAD’ bagi kedua-dua bahagian belakang tubuh jam.
Bagi anda yang berminat, Seiko 5 Sports edisi ulang tahun ke-55 PEANUTS ini akan tersedia mulai Jun 2023 di Butik Seiko dan rakan kongsi runcit terpilih di seluruh dunia.
Untuk butiran produk, anda boleh hubungi pengedar tunggal SEIKO, Thong Sia Sdn Bhd di talian 03-2141 5163 atau layari www.seikoboutique.com.my / www.thongsia.com.my.