Selain menawarkan minuman kopi istimewa menerusi 7CAFé, nampaknya jenama kedai serbaneka kegemaran ramai ini sudah mula memperluaskan lagi barisan produk di bawahnya yang mana kini 7-Eleven telah hadir dengan produk minuman dalam tin yang tersendiri iaitu kopi susu 7-Eleven.

Untuk hidangan kopi dalam tin ini, 7-Eleven hanya menawarkan dua pilihan perisa terlebih dahulu iaitu Cafe Latte dan juga Mocha Latte. Dan ianya dijangka akan ditambah lagi dari masa ke semasa.
Bagi anda yang berminat, hidangan kopi dalam tin 7-Eleven ini boleh mula didapati di kebanyakan rangkaian 7-Eleven berdekatan anda. Untuk kedua-dua Cafe Latte dan Mocha Latte dalam tin ini, ia ditawarkan pada harga RM3.90 setiap tin 240ml.