Pada 6 Jun 2023, foodpanda bersama-sama dengan D’Laksa telah mencipta kebangsaan menerusi bilangan penghantaran terbanyak mangkuk laksa dalam masa satu jam.
Mengambil waktu puncak sekitar jam 12 tenghari sehingga jam 1 petang, platform penghantaran makanan popular Malaysia, foodpanda, dan juga D’Laksa, pengusaha rangkaian restoran asam laksa, telah mencipta rekod penghantaran mangkuk laksa terbanyak di seluruh negara. Kejayaan ini telahpun direkodkan di dalam Buku Rekod Malaysia (Malaysian Book of Records).

Antara faktor yang menjadikan pesanan mangkuk laksa ini menjadi tinggi adalah disebabkan penawaran diskaun istimewa oleh foodpanda kepada pelanggan. Menurut laporan, sebanyak 53 cawangan D’Laksa yang mengambil bahagian bersama-sama dengan rakan kongsi penghantaran foodpanda yang bertungkus-lumus menghantar pesanan asam laksa yang panas kepada pelanggan.
Untuk pengetahuan anda, harga yang ditawarkan adalah RM5.99 untuk tiga mangkuk asam laksa D’Laksa semasa kempen 6.6. Dan disebabkan itu, ia menerima lonjakan permintaan dalam kalangan penggemar laksa.
Dalam perkara ini, cawangan D’Laksa di Queensbay Mall, Pulau Pinang mencatatkan sumbangan tempahan terbesar dan diikuti tiga lokasi utama lain iaitu Kepong, Bandar Utama dan Shah Alam yang juga menunjukkan permintaan tertinggi.

Tambah foodpanda lagi, sejak D’Laksa disenaraikan dalam program panda picks, rangkaian restoran
D’Laksa menyaksikan pertumbuhan pesat dari segi bilangan tempahan untuk asam laksa mereka. Jumlah pesanan untuk D’Laksa mencatatkan pertumbuhan 165% manakala pelanggan baharu meningkat 2.75x dalam tempoh tiga bulan sahaja selepas menyertai program itu pada bulan Mac 2023.
Sempena pelancaran D’Laksa sebagai salah satu jenama pilihan panda picks terbaharu di foodpanda, pelanggan boleh menikmati diskaun istimewa dengan menggunakan kod baucar berikut semasa memesan mangkuk D’Laksa kegemaran mereka:
- PandaPick Voucher: Nikmati diskaun 50% dengan nilai pesanan minimum (MOV) RM25.
- PandaPro Exclusive: Pengguna PandaPro boleh menikmati diskaun 15% dengan nilai pesanan minimum (MOV) RM15.
- Pestapanda Voucher: Dapatkan diskaun 40% (terhad pada RM10) dengan nilai pesanan minimum (MOV) RM25.