Carian
The Truly Loving Company FMCG Organisasi Sosial bekerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kanak-Kanak untuk Memperkasakan dan Memberi Inspirasi Pada Masa Depan yang Serba Hijau
June 8, 2023 marissa-nadiar-mohammad
  • Sebagai sebahagian daripada inisiatif TLC CSR, Dana Kelak Gelak, lima buah rumah kebajikan telah menerima sejumlah RM50,000 dalam bentuk sumbangan dan pokok berbuah. 
  • Untuk meraikannya, TLC menganjurkan bengkel penanaman dan pengomposan bagi para penerimanya.

(Gambar di atas: The Truly Loving Company (TLC) dan The Free Tree Society (FTS) menanam anak pokok di Shelter Home for Children) 

The Truly Loving Company (TLC) Malaysia, sebuah syarikat yang memasarkan pelbagai jenis produk pembersihan rumah mesra alam, bekerjasama dengan Free Tree Society, sebuah organisasi alam sekitar bukan kerajaan dalam menganjurkan satu bengkel untuk lima rumah buah kebajikan dengan tujuan memberi inspirasi orang awam untuk menjaga komuniti dan alam sekitar. 

Penerima yang mengambil bahagian adalah Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal JB, Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia, Rumah Aman, Shelter Home for Children dan Yayasan Kiwanis Sindrom Down – Pusat Nasional. Sesi bengkel juga turut dihadiri oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Antarabangsa etc.  

Inisiatif ini dibuat selepas TLC menaja Dana Kelak Gelak, sebuah dana oleh Free Tree Society yang menyediakan pokok berbuah dan tumbuhan yang boleh dimakan kepada rumah anak yatim dan tempat perlindungan kanak-kanak. Dengan sokongan dana dari TLC, beberapa pokok berbuah dan tumbuhan telah ditanam di kawasan penerima subangan TLC.

“Setiap tahun, Free Tree Society mengedar beribu-ribu tumbuhan percuma dan menganjurkan bengkel kepada masyarakat, anak muda dan kumpulan korporat. Sejak tahun 2012, kami telah menghadiahkan lebih daripada 52,000 tumbuhan sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk mencipta dunia yang lebih hijau,” kata Carolyn Lau, Presiden Free Tree Society. 

Menjelaskan tema tersebut, Carolyn Lau menambah, “Kelak Gelak merupakan frasa Melayu yang membawa maksud ‘untuk ketawa kemudian’. Mesej yang dibawa oleh kempen ini adalah agar kanak-kanak dapat menghayati pengalaman menanam pokok sekarang dan menikmati hasilnya pada masa akan datang. 

(Gambar di atas: Pelajar dari Yayasan Kiwanis Sindrom Down – Pusat Nasional menjaga tumbuhan yang diberikan oleh TLC dan FTS) 

Acara pemerkasaan dan pendidikan yang difokuskan kepada kanak-kanak ini memberi peluang kepada para peserta untuk mengambil bahagian dalam bengkel interaktif menanam dan pengomposan. Bengkel-bengkel ini memperkenalkan peserta kepada asas penanaman, teknik penyiraman serta proses dan manfaat pengomposan. Selain itu, para penerima bantuan juga menerima sumbangan besar sebanyak RM10,000 setiap satu rumah kebajikan bagi menyokong misi mereka berkhidmat kepada masyarakat. 

Julia Chong, Pengasas dan CEO TLC menekankan pentingnya mempromosikan kelestarian masa hadapan. “Saat kita berusaha menuju masa depan yang serba hijau, kita harus ingat bahawa anak-anak kita layak mendapatkan dunia yang lestari dan sihat. Itulah sebab mengapa kami bekerjasama dengan Free Tree Society untuk menyediakan pokok berbuah ini kepada rumah dan pusat perlindungan kanak-kanak, yang tidak hanya membantu membina kelestarian alam tetapi juga mengajar generasi muda ini bagaimana untuk menghargai dan peduli terhadap ruang hijau di sekitar mereka. Langkah ini mungkin kecil, tetapi setiap langkah menuju masa depan yang lebih hijau adalah langkah yang berharga,”ujarnya. 

Komitmen TLC terhadap kelestarian alam dan tanggungjawab sosial telah menjadi fokus utama dalam visi dan misi syarikat sejak dulu lagi. Selain daripada rangkaian produk “Green” yang diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan, tidak beracun, biodegradasi dan mesra alam, TLC telah mengambil langkah lebih jauh dengan memperkenalkan mesin layan diri “TLC Green Refill” pertama di Malaysia, yang terletak di Village Grocer, 1Mont Kiara. Inisiatif CSR terbaru ini menunjukkan dedikasi yang tidak berbelah bahagi dari TLC untuk membina masa depan yang lebih hijau.  

“Kami tidak mahu inisiatif ini berlaku sekali sahaja dan berharap dapat melakukan secara konsisten untuk komuniti. Kami berharap usaha kami akan membolehkan semua orang mengimpikan dan berharap masa depan yang lebih cerah,” tambah Julia. 

Sejak penubuhannya, TLC telah berjaya mengumpulkan hampir RM2juta dana untuk membantu 41 buah badan kebajikan. Untuk masa akan datang, TLC berhasrat untuk terus membangunkan initiatif CSR yang mendorong perubahan positif bagi alam sekitar dan komuniti. 

Syarikat ini berkomitmen untuk membangunkan masa depan yang lestari dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut serta dalam misi penting ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai The Truly Loving Company, senarai produknya dan inisiatif CSR, sila layari https://www.thetrulylovingcompany.com/.

Mengenai The Truly Loving Company (TLC) 

Ditubuhkan pada tahun 2006, The Truly Loving Company (TLC) muncul sebagai salah satu peneraju awal dalam bidang perniagaan sosial di Malaysia. Dengan pelbagai produk pembersihan rumah tangga, keperluan penjagaan bayi dan barangan penjagaan diri, TLC kini menjadi salah satu peneraju awal dalam bidang perniagaan sosial dia Malaysia. Dengan komitmen untuk memberikan impak positif, TLC membezakan dirinya dengan memperuntukkan 100% dividennya kepada usaha amal, mencerminkan dedikasi yang teguh untuk menyokong komuniti dan mencipta perubahan yang bermakna.

Komen