Carian
Adakah Kanak-Kanak Juga Perlu Memakai Krim Pelindung Matahari?
June 8, 2023 Lina Rosli

Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga sebenarnya memerlukan perlindungan dari sinar UV dalam kehidupan seharian. Ini kerana, apabila tidak dihalang dan dilindungi dengan betul, ia semestinya boleh mendatangkan kemudaratan kepada kanak-kanak.

Untuk pengetahuan anda, walaupun kulit hanya terdedah kepada cahaya matahari untuk tempoh yang singkat iaitu sekadar 15 minit, ianya sudah memadai menyebabkan kerosakan kulit akibat sinaran UV. Sebagai contoh, apabila sinar cahaya UV (UVA dan UVB) memasuki kulit, akan berlaku kerosakkan sel-sel kulit, menyebabkan kecederaan yang kelihatan dan tidak dapat dilihat selain turut menyebabkan peningkatan bilangan tahi lalat, bintik-bintik, kedutan, dan kanser kulit.

Berapa lamakah tempoh masa yang diambil untuk anda melihat kesan sinar ini ke atas kulit? Jawapanya, kulit kita akan mengambil masa sehingga 12 jam untuk menunjukkan kesan penuh akibat daripada pendedahan tersebut.

Maka, jika kulit anak anda kelihatan “sedikit merah jambu” hari ini, ia boleh kelihatan “terbakar” keesokkan paginya. Beberapa selaran matahari yang serius sahaja sudah mampu meningkatkan risiko anak anda untuk mendapat kanser kulit di masa hadapan.

Bagaimana Anda Boleh Memilih Produk Pelindungan Kulit Yang Bersesuaian Untuk Kanak-Kanak?

Tips penting dalam pemilihan produk yang boleh digunakan untuk melindungi kulit kanak-kanak adalah dengan mencari krim pelindung matahari dengan nilai SPF 30 atau lebih tinggi.

Disebabkan kulit kanak-kanak lebih halus jika dibandingkan dengan orang dewasa, maka anda perlu menggunakan krim yang mempunyai kandungan mineral yang tinggi, tidak menampilkan kuantiti bahan kimia yang banyak.

Para ibu bapa juga disarankan untuk mendapatkan krim pelindung matahari yang menawarkan bahan-bahan seperti asid hyaluronik yang membantu memberi kelembapan kepada kulit, ataupun zink oksida dan titanium dioksida yang mana kedua-dua bahan ini dapat menjadikan kulit bayi lembut serta dapat memantulkan sinaran UV untuk melindungi kulit.

Antara contoh produk pelindung matahari untuk kanak-kanak:

  • Sunplay Water Kids Sunscreen Lotion SPF60 PA++ Ultra Protection
  • CeraVe Baby Sunscreen SPF45
  • Cetaphil Sun Kids Liposomal Lotion (150ml)Banana Boat Sunscreen Lotion SPF50 (90ml)

Adakah Bayi Berumur Kurang Dari 6 Bulan Boleh Menggunakan Krim Pelindung Matahari?

Secara umumnya, penggunaan krim pelindung matahari dalam kalangan bayi yang berumur kurang dari 6 bulan adalah tidak disarankan.

Jadinya, sekiranya anda ingin keluar bersama-sama bayi anda, pakaikan bayi anda dengan pakaian ringan yang menutup lengan dan kaki dan jangan lupa untuk bawa juga pelindung kepada seperti topi. Jika anda tidak dapat mengelakkan matahari, anda boleh menggunakan sedikit pelindung matahari pada kulit bayi anda yang terdedah, seperti tangan dan muka.

Jadilah teladan yang baik. Jangan lupa untuk emakai pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih tinggi secara konsisten dan mengehadkan pendedahan matahari anda akan mengurangkan risiko kerosakan kulit anda. Dengan ini, anda akan dapat mendidik anak-anak anda deria matahari yang baik.

Komen