Carian
Kajian Agoda Menunjukkan Individu Kini Berbelanja Lebih Berhemah Ketika Melancong – Purata Perbelanjaan RM1400 Seorang
June 8, 2023 Lina Rosli

Berdasarkan Tinjauan Trend Percutian Agoda, nampaknya percutian pada tahun ini, individu dilihat mula berbelanja secara lebih berhemah. Majoriti pelancong di Asia telah memperuntukkan perbelanjaan di sekitar RM804 hingga RM2000 seorang untuk pengangkutan dan penginapan.

Dan menjadi antara alternatif dalam mendapatkan percutian pada harga yang rendah, Agoda memainkan peranan yang penting dalam membantu pelancong bercuti dengan belanja yang minima. Selain itu, menerusi Agoda juga, mereka akan berkongsi jadual perjalanan mesra bajet yang berpotensi untuk digunakan bagi percutian pada bulan Jun ini.

Menurut Agoda, mereka mengambil purata pembelanjaan individu iaitu sebanyak RM1400, dan menghasilkan dua jadual perjalanan yang bersesuaian untuk percutian yang berdurasi lima hari di Sabah atau tiga hari untuk percutian ke luar negara – semuanya di bawah RM1400 seorang.

Agoda hadir dengan pakej berkas (bundle) yang menggabungkan kedua-dua penginapan dan penerbangan. Melaluinya, pelancong boleh mendapatkan diskaun tambahan dalam aplikasi Agoda, atau dengan menggunakan ciri penjimatan wang seperti ‘price freeze’ atau pembekuan harga, pelanggan boleh menikmati pelbagai cara untuk menjimatkan wang dan membolehkan mereka mencipta dan mendapatkan pelbagai pilihan jadual perjalanan yang berbeza.

Percutian Domestik 5 Hari, 4 Malam di Kota Kinabalu, Sabah – Bajet RM1,356 Seorang

Serlahkan jiwa pengembara anda di Sabah dengan jadual perjalanan 5 hari 4 malam yang mengujakan ini yang direka untuk dua orang.

Sebagai permulaan, dapatkan diskaun 30% dengan menggabungkan penerbangan anda ke Kota Kinabalu dengan penginapan yang selesa di Signel Postel (RM1,316.60 untuk dua orang).

Kemudian, terokai jalan bersejarah, Jalan Gaya pada waktu siang, dan nikmati suasana persisiran laut yang meriah pada waktu malam. Jamu selera anda di Waterfront Seafood Night Market, yang mana pelbagai jenis makanan laut segar disajikan dalam cara masakan pilihan anda.

Keesokan harinya, mulakan pengembaraan pulau (island-hopping) anda di Taman Tunku Abdul Rahman, untuk menyelam atau bersnorkel di perairan biru di tiga pulau yang memukau dengan harga di bawah RM170 melalui Agoda Activities.

Pada hari ketiga, bersiap sedia dengan pengembaraan Berakit Jeram Deras Padas (White Water Rafting), yang mana anda akan mengharungi jeram di Sungai Padas di dalam hutan hujan yang menghijau (RM571). Sekiranya anda inginkan aktiviti yang lebih santai, berkunjunglah ke Mari-Mari Cultural Village (RM452) untuk menyaksikan tradisi kehidupan lima suku kaum tempatan secara lebih dekat.

Jangan lupa juga untuk berkunjung ke tapak warisan UNESCO iaitu Taman Negara Kinabalu dan juga membeli-belah di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu (juga dikenali sebagai Pasar Filipina), untuk mendapatkan pelbagai cenderamata unik buatan tempatan sebagai tanda kenangan percutian anda di Sabah.

Percutian Luar Negara Di Bandar Da Nang Dan Hoi An, Vietnam – Dengan Bajet RM997.50 Seorang

Marilah bercuti 4 hari 3 malam di Vietnam yang indah dan kaya dengan budaya. Gabungkan pembelian penerbangan dan penginapan malam pertama di Seahorse Han Market Danang Hostel (RM1,366.77 untuk dua orang) di Agoda untuk mendapatkan penjimatan tambahan dan perancangan yang lebih mudah.

Nikmati kemeriahan bandar Danang dari tempat penginapan yang terletak berhampiran pasar Han, Pasar Malam Son Tra dan Jambatan Naga yang terkenal. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan api dan air di jambatan yang memukau ini dan mengunjungi Pesta Bunga Api Antarabangsa Danang 2023 (Jun hingga Julai).

Tempah tiket pelayaran malam di sepanjang Sungai Han untuk pemandangan terbaik pesta tersebut melalui Agoda Activities.

Ketika di bandar Hoi An, anda boleh bermalam di Santorin Hoi An Villa (RM249 untuk dua malam), yang menawarkan suasana tenang ala-Mediterranean dan kemudahan akses ke tapak warisan bandar tersebut yang menampilkan lorong-lorong kecil yang menawan, rumah-rumah kedai dan bunga-bunga yang indah.

Khaskan hari ketiga anda untuk lawatan ke My Son Sanctuary, untuk menelusuri sejarah dan budaya masa lalu di Vietnam Tengah dengan menerokai kuil Hindu purba yang jarang ditemui. Luangkan masa berjemur matahari sambil dibuai bayu laut yang segar di kawasan pantai yang terletak hanya beberapa kilometer dari Old Town sebelum pulang ke tanah air.

Komen