Running Lab, kedai khusus dan peruncit eksklusif bagi jenama kasut larian terkemuka di Malaysia kini mengumumkan pembukaan cawangan ketiganya yang terletak di IOI City Mall Putrajaya.

Kedai baharu ini akan menampilkan pelbagai peralatan larian dan aksesori daripada On, OOFOS, HOKA, Asics, New Balance, dan Saucony.

Sebagai jenama yang dipercayai dalam komuniti larian, Running Lab telah menyediakan produk berkualiti tinggi dan canggih khas buat peminat sukan selama lebih sedekad. Pembukaan cawangan ketiga Running Lab ini membuktikan komitmen syarikat tersebut untuk membantu pelari mencapai matlamat dan merealisasikan potensi mereka.

Berikutan pembukaan cawangan di Pavilion Bukit Bintang dan The Gardens Mall, Running Lab kini mengembangkan penawaran produk mereka kepada pelari yang berada di Putrajaya dan kawasan yang berdekatan dengannya. Cawangan baharu ini menampilkan pakaian dan kasut larian terkini daripada jenama terbaik dalam industri, dan pasukan pakar Running Lab sedia membantu para pelari mendapatkan keperluan yang bersesuaian.

Di samping menawarkan pelbagai seleksi produk, salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Running Lab di cawangan mereka ialah Gait Analysis yang merupakan perkhidmatan percuma bagi penyesuaian saiz kasut untuk membantu pelari menentukan jenis dan saiz kasut yang paling optimum berdasarkan rutin dan gaya larian mereka.

Perkhidmatan istimewa ini telah menjadikan Running Lab sebagai destinasi pilihan bagi pelari yang ingin meningkatkan prestasi mereka sambil mengurangkan risiko kecederaan.

Bagi anda yang ingin berkunjung ke Running Lab, kedai sukan serba lengkap ini sudahpun mula beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada setiap hari. Ia terletak di Lot L1-07, IOI City Mall, Putrajaya.