Tidak dinafikan bahawa kebanyakan sektor tidak kira kerajaan mahupun swasta telah hadir dengan pelbagai inisiatif yang penting untuk alam sekitar. Menerusi inisiatif ini, ia dijangkakan dapat membantu menjamin kelestarian alam semula jadi di samping mengurangkan sisa sampah yang tersedia kesan daripada penggunaan produk seharian.

Untuk pengetahuan anda, kira-kira 70% sisa sampah harian yang dibuang ke tapak pelupusan sampah secara keseluruhannya disumbangkan oleh sisa sampah digital. Sisa digital yang dimaksudkan di sini termasuklah peranti elektronik usang seperti telefon pintar, komputer riba, konsol permainan dan komponennya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, peranti elektronik telah menjadi sebahagian daripada kehidupan individu. Boleh dikatakan hampir semua perkara yang dilakukan di dalam kehidupan seharian akan memerlukan anda menggunakan peranti elektronik termasuk sewaktu menavigasi jalan dari satu tempat ke satu tempat, membuat pembayaran ketika berada di kedai dan banyak lagi.

Di Malaysia sahaja kira-kira lebih daripada 365,000 tan sisa digital telah dihasilkan pada setiap tahun. Dan secara puratan, setiap individu menghasilkan lebih daripada 10 kilogram sisa digital dalam tempoh setahun.

Dan tahukah anda bahawa kesan daripada pembuangan sisa digital ini boleh menimbulkan masalah kesihatan yang melibatkan manusia dan juga alam sekitar? Ini kerana kebanyakan produk dan peranti elektronik ini mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dan kalis api.

Dan apabila ia tidak dilupuskan dengan betul dan dibuang di tapak pelupusan sampah, ia akan menjejaskan dan membebaskan toksin yang terhasil daripada bahan-bahan di atas ke dalam air, udara dan tanah.

Seperti kebanyakan negara lain, Malaysia juga sedang bergelut dengan peningkatan jumlah sisa elektronik yang dijana setiap tahun. Untuk makluman anda, langkah pengurusan sisa ini tidak terhad kepada pihak berkuasa sahaja, tetapi setiap individu memainkan peranan yang penting untuk bersama-sama mengambil tindakan segera untuk mengurangkan sisa elektronik dan memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.

Oleh itu, setiap individu harus lebih peka dengan gajet yang dimiliki dan mengetahui di mana ia akan berada dalam 10 tahun akan datang. Berikut adalah beberapa cara kita boleh mengatasi masalah masa depan ini:

Sertai Program Khas Kita Semula Peranti Yang Dianjurkan

Beberapa jenama utama menawarkan pilihan kitar semula yang mudah dengan program khas untuk mengitar semula barangan elektronik melalui program tukar beli mereka – membolehkan anda menukar peralatan lapuk anda dengan kad hadiah atau diskaun untuk pembelian baharu.

Salah satu inisiatif sedemikian ialah Program Trade-In Huawei, yang ditawarkan oleh Huawei di mana anda boleh menukar mana-mana telefon pintar lama anda untuk Siri HUAWEI MATE 50 atau HUAWEI P60 PRO terbaharu dengan tambahan rebat RM500 dan hadiah percuma di atas nilai yang lama. Program ini sedang berlangsung dari sekarang hingga 31 Julai 2023. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk anda merebut rebat dan diskaun istimewa di rangkaian Huawei Experience Store.

Derma Peranti Elektronik Anda Kepada Komuniti Atau Individu Tertentu

Pertimbangkan untuk menderma peranti pintar atau gajet yang tidak lagi digunakan kepada rakan, badan amal atau program jangkauan komuniti.

Melaluinya, ramai individu atau organisasi masih boleh mendapat manfaat daripada penggunaan telefon pintar, komputer atau televisyen lama anda. Dengan berbuat demikian, anda bukan sahaja menghalang pembuangan sisa digital berbahaya daripada berakhir di tapak pelupusan tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan orang lain.

Tetapkan Had Pembelian Peranti Pintar Setiap Tahun

Dengan menetapkan had pembelian untuk diri sendiri, ia sedikit sebanyak dapat mengawal keperluan untuk gajet tambahan bagi setiap orang. Malah, ia juga menggalakkan penggunaan yang bijak dan memaksimumkan penggunaan peranti sedia ada bagi menikmati masa depan yang lebih lestari.