Skechers Hadir Dengan Koleksi Skechers X Transformers Dengan Kerjasama Hasbro
Lina Rosli
Jenama kasut Skechers dilihat telah melancarkan koleksi ‘Skechers x Transformers’ dengan kerjasama Hasbro. Pelancaran koleksi ini adalah seiring dengan pelancaran filem Transformers: Rise of the Beasts baharu.
Koleksi itu akan merangkumi kasut gaya baharu, serta pakaian dan aksesori yang diilhamkan daripada pelbagai karakter Transformers, iaitu Bumblebee, Optimus Prime, Mirage, Optimus Primal dan Arcee.

Rangkaian kasut yang akan dijenamakan dalam warna Transformers termasuk koleksi Foamies, Stamina V2 dan Stamina V3 jenama itu.
Bersama-sama dengan kasut, koleksi Skechers X Transformers juga turut memperkenalkan koleksi pakaian untuk dewasa dan kanak-kanak yang menarik menerusi kemeja-t, jaket, seluar pendek serta beg dan topi untuk menyempurnakan penampilan.
Dari segi tawaran harga, anda boleh mendapatkan:
- Skechers Boys Transformers Foamies Hypno-Splash Shoes pada harga RM179.00
- Skechers Boys Transformers Stamina V2 Shoes pada harga RM299.00
- Skechers Women Transformers Sport Stamina V3 Shoes pada harga RM499.00
Dapatkan kesemua koleksi Skechers X Transformers bermula hari ini di kesemua rangkaian Skechers berdekatan anda atau lakukan pembelian secara atas-talian di laman rasmi Skechers.