Ketika memandu, kadangkala terdapat senario yang mana anda perlu menggunakan hon untuk memberi isyarat kepada pemandu lain. Hal ini kerana, hon ini berfungsi sebagai isyarat untuk memberi amaran kepada pemandu sekiranya berlaku bahaya di sekitar mereka.
Secara umumnya, hon diukur dalam unit desibel. Desibel ialah unit ukuran untuk bunyi, yang mana purata telinga manusia boleh mendengar bunyi dari 0 hingga 120 dB. Apabila anda semakin hampir kepada paras bunyi melebihi 150 dB telinga anda mula berasa sakit kerana ia terlalu kuat. Semakin tinggi nombor desibel, semakin kuat bunyi yang anda akan dengari.

Tahukah anda berapa kuat bunyi hon yang dibenarkan bagi setiap kereta?
Untuk kereta, kebanyakan pengeluar kereta akan hadir dengan hon kereta setinggi sekitar 90 hingga 110 desibel. Dan di Malaysia, paras standard untuk bunyi hon kereta adalah tidak melebih 99 desibel. Ini sudah tentu bergantung kepada saiz dan kapasiti kereta selain turut perlu dilihat dari sudut jenis hon yang digunakan.
Di bawah ini adalah jadual bagi kategori kenderaan dua roda atau tiga roda (motosikal):

Untuk kenderaan yang lebih tiga roda seperti kereta, van, bas atau lori pula, paras bunyi hon maksimum yang dibenarkan adalah:

Selain itu, kebanyakan kenderaan pada masa kini juga dilengkapi hon “dua nada”. Kedua-dua komponen, seperti namanya, masing-masing mempunyai nada yang berbeza, dan bersama-sama ia menghasilkan nada gabungan rendah yang setanding pada tahap hingar yang lebih tinggi.
Bagi yang tidak mengetahui juga, bunyi hon kereta dan hon kereta api diukur secara berbeza kerana saiznya, hon kereta api jauh lebih besar dan boleh menghasilkan lebih banyak bunyi. Hon kereta api biasanya antara 110 hingga 140 desibel dalam tahap bunyi.

Semakin Kuat Bunyi Hon Yang Dihasilkan, Semakin Tinggi Risiko Masalah Pendengaran
Kehilangan pendengaran akibat hingar, atau NIHL (Noise Induced Hearing Loss), adalah akibat daripada pendedahan kepada bunyi yang kuat. Faktor risiko utama termasuk kelantangan bunyi dan tempoh pendedahan kepadanya.
Cara terbaik untuk mengelak individu dari NIHL ialah menjauhi bunyi yang melebihi 80 hingga 85 desibel, sebanyak mungkin. Pakar menganggarkan tahap hingar melebihi 105 desibel boleh merosakkan pendengaran, jika bertahan lebih daripada 15 minit seminggu.

Selain daripada bunyi hon, berikut adalah anggaran tahap hingar bagi beberapa aktiviti biasa yang perlu anda ketahui:
- Suara sewaktu perbualan biasa: 60 desibel
- Pemotong rumput: 94 desibel
- Gerudi tangan: 98 desibel
- Motosikal: 105 desibel
- Hon kereta: 110 desibel
- Siren ambulans: 112 desibel
- Adegan aksi filem pawagam: 118 desibel
- Konsert: 120 desibel
- Enjin jet: 150 desibel
- Tembakan pistol: 160 – 170 desibel
Sumber: DOE Hearing Health , CDC