Carian
Penuaan Di Kulit Leher – Bagaimana Cara Untuk Mengatasinya?
June 14, 2023 Lina Rosli

Tahukah anda bahawa leher adalah antara bahagian pertama yang boleh menunjukkan tanda-tanda penuaan pada tubuh?

Hal ini kerana, kulit di leher sebenarnya adalah lebih nipis jika dibandingkan dengan kulit muka menjadikannya lebih mudah untuk berkedut dan tampak lebih tua dari masa ke semasa. Di samping itu juga, disebabkan kulit leher lebih nipis, kuantiti kolagen juga berkurang dan menjadikan kulit lebih mudah kendur selari dengan peningkatan umur.

Menurut ahli dermatologi, selain kolagen, kulit leher juga mempunyai lebih sedikit kelenjar sebum, folikel rambut, dan sel stem yang menyokong pembaharuan kulit.

Walaupun mustahil untuk menghalang penuaan leher sepenuhnya, anda boleh mengamalkan beberapa petua penjagaan leher penting yang membantu melindungi kulit halus ini daripada kerosakan dan memastikan ia kelihatan segar dan muda.

Petua Penjagaan Leher Untuk Mengurangkan Risiko Penuaan

Secara umumnya, merawat kulit di leher anda adalah semudah memanjangkan rejimen penjagaan kulit wajah hingga ke décolletage.

Bagi yang tidak mengetahui, décolletage ialah garis leher yang anda boleh nampak bentuknya pada pakaian wanita. Perkataan Perancis ini berasal daripada kata kerja yang bermaksud “mendedahkan leher,” dan itulah yang dimaksudkan oleh décolletage – adalah garis leher rendah pada pakaian atau baju wanita.

Apabila anda telah mengetahui bahagian leher yang perlu dijaga, berikut adalah beberapa langkah tambahan yang boleh anda ambil sepanjang tempoh penjagaan kulit leher:

1. Membersihkan Leher Setiap Hari

Praktikkan tabiat membersihkan kulit wajah dari dahi hingga ke bawah dagu anda dan turun ke dada anda. Sama seperti kulit wajah, kulit di leher juga terdedah kepada kotor sama selain solekan anda turut boleh turun ke leher apabila berpeluh.

Pertimbangkan untuk membuat cucian susulan dengan air miselar dan pad kapas untuk memastikan anda mengelap setiap kesan solekan pada setiap bahagian kulit.

2. Pakai Pelindung Matahari Di Leher

Leher juga memerlukan perlindungan matahari setiap hari untuk membantu melambatkan tanda-tanda penuaan. Pendedahan matahari dari masa ke masa akan mengubah kualiti kulit dan ini akan menyebabkan perubahan warna ke arah warna coklat kemerahan.

Anda disyorkan untuk menggunakan SPF 30 atau lebih tinggi setiap hari. Pastikan anda menyapu semula SPF sekali setiap dua hingga empat jam, atau lebih kerap jika anda berada di luar rumah.

3. Sapukan Serum Antioksida pada Waktu Pagi

Walaupun anda telah memakai pelindung matahari, ia masih lagi tidak cukup untuk melindungi kulit anda daripada matahari. Oleh itu, anda memerlukan krim antioksidan untuk melindungi kulit anda daripada kerosakan radikal bebas yang juga boleh menyebabkan tanda-tanda penuaan pramatang.

4. Gunakan Retinoid Lembut pada Waktu Malam

Selepas membersihkan muka dan leher anda pada waktu malam, lakukan rejimen susulan dengan menambah serum pelembap dan kemudian memakai retinoid. Retinoid boleh membantu meningkatkan pengeluaran kolagen selain memberikan kulit lebih sokongan.

Namun, adalah penting untuk anda mencairkan sedikit produk retinoid ini dengan krim lain, atau pilih pilihan yang lembut kerana kulit pada leher anda nipis dan halus, dan oleh itu lebih terdedah kepada kerengsaan.

5. Sapu Krim Leher Pada Kulit

Krim leher dirumus khusus untuk kulit leher yang halus. Menerusinya, ia membantu mengimbangi kekurangan kelenjar sebum di kawasan leher, dan kebanyakannya krim leher mengandungi bahan-bahan yang membantu menggalakkan pengeluaran kolagen lebih banyak pada kulit.

Komen