Carian
Maggi Tampil Dengan Perisa Mi Segera Baharu – Maggi Mi Goreng Laksa Warisan
June 15, 2023 Lina Rosli

Jika anda kini sedang mencari hidangan mi segara yang mungkin menggamit jiwa, mungkin perisa mi segara terbaru daripada Maggi adalah hidangan yang sesuai untuk anda tambahkan di dalam senarai pembelian.

Baru-baru ini, Maggi telahpun memperkenalkan kepada umum hidangan mi segera yang diinspirasikan daripada hidangan tradisional kegemaran ramai iaitu Maggi Mi Goreng Laksa Warisan.

Menampilkan rasa yang autentik dan aroma yang memikat selera, Maggi hadir dengan perencah yang diperbuat dengan bahan-bahan segar dan direka secara teliti seperti bunga kantan, daun kesum, lengkuas, bawang besar, daun limau purut, serai, bawang putih dan halia.

Bukan itu sahaja, jenama ini juga dilihat mengekalkan resipi asli laksa dengan memasak kesemua bahan perlahan-lahan hingga ‘pecah minyak’ untuk rasa dan aroma kaksa autentik. Bersama-sama dengan perencah laksa istimewa adalah mi Maggi yang diperbuat dengan 100% gandum Australia, yang merupakan sumber protein dan karbohidrat yang baik.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Maggi Mi Goreng Laksa Warisan, kunjungi ke laman rasmi Maggi dan terus lawati ke kedai runcit atau pasaraya terdekat yang menyediakan Maggi terbaru ini.

Komen