Carian
escape88 – Villa Yang Menawarkan Ruang Acara Serba Boleh Dengan Rekaan Dan Seni Bina Klasik Ala Eropah
June 15, 2023 Lina Rosli

Bagi anda yang ingin merehatkan minda dan memencilkan diri dari kesibukan kota Kuala Lumpur, escape88 adalah jawapan yang sesuai.

Lokasi kediaman escape88 terletak di Damansara Height, Kuala Lumpur. Ia juga berdekatan dengan kafe dan restoran dengan jarak kira-kira 5 km dari tempat penginapan, dan kira-kira 30 minit untuk tiba di pusat bandar Kuala Lumpur.

Menarik mengenai escape88 adalah ia menampilkan reka bentuk yang klasik dan mewah yang dilihat seakan kediaman ala Eropah. Disebabkan bangunan ini adalah rumah dengan ruang yang variasi, escape88 adalah satu tempat yang sangat sesuai untuk individu yang menginginkan privasi dan eksklusiviti yang jauh dari kesesakan kota raya.

Dengan ini, anda boleh melangsungkan pelbagai acara atau aktiviti tanpa risau dengan sebarang gangguan. Ia menyediakan ruang acara (event space) yang pelbagai, penginapan dengan kolam renang peribadi selain menawarkan ruangan makan peribadi (private dining) untuk majlis tertentu. 

Berikut adalah beberapa butiran mengenai escape88:

  • taman kecil yang turut menampilkan kolam renang
  • dapur dengan kelengkapan masakan yang lengkap
  • dihias dengan perabot dan kelengkapan rumah yang mewah dan klasik ala Eropah
  • dilengkapi TV 65-inci
  • mempunyai BBQ pit
  • 2 ruang acara umum
  • 2 ruang tamu

Ruang Acara (Event Space)

Ruang acara atau lebih dikenali sebagai common area ini amat bersesuaian untuk anda yang ingin melakukan pelbagai acara atau aktiviti tidak kira kecil atau besar. Antara acara dan aktiviti yang boleh dilangsungkan di sini termasuk pelancaran produk, pameran, mesyuarat, majlis hari lahir, majlis perkahwinan, penggambaran dan bermacam-macam lagi.

Ruangan ini terhad untuk sesuatu acara, yang mana hanya satu tempahan boleh dibuat pada satu masa sahaja. Jadi, anda tidak perlu risau berkenaan privasi untuk kelangsungan sesuatu majlis. Bukan itu sahaja, escape88juga menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi untuk pengunjung. 

Tempat Penginapan (Retreat Home)

Villa 2 tingkat ini menyediakan 6 bilik tidur dengan 9 katil dan 5 bilik. Dikelilingi dengan flora dan fauna, kawasan kediaman amat sesuai untuk anda yang gemari tumbuhan hijau yang subur dengan pelbagai spesies flora. Ia juga mempunyai kolam renang yang direka untuk para tetamu menikmati pemandangan menakjubkan Damansara Heights.

Terdapat juga ruang BBQ untuk tetamu untuk berehat sambil menikmati pemandangan bandar raya Kuala Lumpur dan Damansara Heights yang indah.

Rumah percutian ini menyediakan bilik tidur dengan penghawa dingin, ruang makan dan dapur yang lengkap dengan mesin basuh pinggan mangkuk. Untuk kemudahan tambahan, ia juga menyediakan tuala dan linen tempat tidur dengan bayaran tambahan. 

Ruang Makan Peribadi (Private Dining)

Tidak lengkap sesuatu acara tanpa hidangan makanan yang menarik. Oleh itu, escape88 turut menyediakan servis private dining bagi anda yang ingin menikmati hidangan yang menarik sewaktu aktiviti.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara atau aktiviti yang telah dilakukan sebelum ini di escape88, anda boleh melakukan carian di AirBnB atau hubungi Paul di talian +6012-342 9988 bermula hari ini.

Komen