ZUS Coffee Berjaya Menjual 500,000 Cawan Buttercréme Latte Dalam Tempoh 21 Hari
Lina Rosli
Selepas 21 hari minuman Buttercréme Latte dari ZUS Coffee ditawarkan kepada umum, jenama ini mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menjual lebih 500,000 cawan di seluruh Malaysia.
Menampilkan hidangan latte yang dilengkapi dengan rasa buttercreme halus dan lazat, Buttercréme Latte ini merupakan pilihan baharu di dalam siri The Créme. Minuman ini juga hadir dengan dua pilihan variasi iaitu Buttercream Latte yang menggunakan espresso sebagai base dan Buttercream Black pula menggunakan amerikano.
Dari segi harga, kedua-duanya menawarkan harga yang sama iaitu RM10.90 sahaja.

Untuk pengetahuan anda, kopi yang dibancuh ZUS menggunakan biji yang diperoleh daripada Brazil FAF dan memanggangnya secara tempatan. Dengan ini, ia bukan hanya memudahkan mereka untuk mengawal kualiti dan titik harga untuk kopi, tetapi juga menjadikan kopi istimewa mampu milik untuk semua orang.
Bagi anda yang belum pernah mencuba Buttercréme Latte dari ZUS Coffee, mula lakukan pesanan hari ini sama ada pembelian terus di kedai fizikal ataupun secara atas-talian menerusi aplikasi ZUS Coffee, GrabFood, FoodPanda dan ShopeeFood.
Muat-turun: Aplikasi ZUS di App Store atau Play Store