Carian
5 Kesilapan Yang Ramai Individu Lakukan Sewaktu Memanaskan Makanan Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro
June 16, 2023 Lina Rosli

Jika ditanya mengapa seseorang individu mendapatkan dan membeli ketuhar gelombang mikro, pastinya jawapan yang paling kerap dikongsikan adalah berkaitan dengan kemudahan yang disediakannya untuk menyediakan dan memanaskan semula makanan yang telah siap tersedia.

Ketuhar gelombang mikro adalah salah satu perkakas rumah yang kini menjadi tarikan kebanyakan individu. Ini kerana untuk memanaskan semula makanan, anda hanya perlu menekan satu atau dua butang sahaja jika dibandingkan dengan memanaskan lauk secara manual di atas api.

Walau bagaimanapun, tidak semua individu mengetahui cara yang betul dan tepat untuk menggunakan ketuhar gelombang mikro ketika memanaskan makanan.

5 Kesilapan Umum Yang Individu Lakukan Ketika Memanaskan Semula Makanan

Untuk mengetahui sama ada anda menggunakan perkakas rumah ini secara tepat atau tidak, berikut adalah 5 kesilapan yang kerap dilakukan individu ketika menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk memanaskan makanan.

Pertama, individu sering membiarkan makanan terdedah di luar iaitu pada suhu bilik selama lebih daripada dua jam. Tabiat ini boleh menyebabkan pembebasan bakteria yang boleh mengancam kesihatan tubuh.

Oleh itu, elakkan apa-apa makanan mudah rosak, termasuk makanan yang telah dimasak atau lebihan, diletakkan di luar pada suhu bilik selama lebih daripada dua jam. Selepas memasak, hidangkan hidangan anda semasa ia masih 60 darjah Celsius atau lebih panas.

Menurut pakar, “zon bahaya” makanan adalah antara 4 hingga 60 darjah Celsius. Itulah suhu di mana bakteria berbahaya yang menyebabkan penyakit bawaan makanan boleh berkembang.

Kedua, memanaskan makanan saiz besar tanpa memotongnya kepada bahagian yang lebih kecil. Sekiranya anda melakukan sedemikian, terdapat risiko di mana makanan yang anda panaskan tidak dimasak panas sepenuhnya hingga ke bahagian dalam.

Oleh itu, gunakan bekas kecil dan potong makanan yang lebih besar kepada kepingan yang lebih kecil untuk penyejukan yang lebih cepat. Bahagikan kumpulan besar sup atau makanan berkuah lain ke dalam bekas yang lebih kecil juga.

Daging panggang, ayam masak merah atau ikan kukus juga harus dipotong menjadi bahagian yang lebih kecil sebelum meletakkannya di dalam peti sejuk. Untuk mempercepatkan penyejukan, letakkan dalam bekas penyimpanan makanan kedap udara sebelum anda menyejukkan.

Ketiga, elakkan daripada memanaskan makanan yang telah anda simpan lebih lama daripada tiga hingga lima hari. Menurut USDA, adalah disyorkan untuk anda tidak menyimpan makanan terlalu lama. Hidung anda lebih mengetahui, jadi pastikan anda membuang sebarang makanan yang telah menunjukkan perubahan bau, warna atau tekstur.

Untuk memudahkan perkara, sentiasa labelkan sisa makanan untuk menjejaki bila ia dibuat, dan pastikan peti sejuk anda teratur supaya anda dapat melihat apa yang ada di tangan anda. Dan apabila ragu-ragu, buangnya.

Keempat, anda tidak menetapkan suhu pemanasan makanan yang bersesuaian. Apabila anda tidak menggunakan suhu yang bertepatan, ia tidak berupaya menghapuskan bakteria berbahaya di dalam makanan.

Ole itu, panaskan semula sup dan kuah sehingga ia mendidih dengan cara menetapkan suhu ketuhar gelombang mikro sehingga mencapai 73 darjah Celsius. Dan jangan lupa untuk beri perhatian khusus apabila memanaskan semula makanan yang mungkin menyebabkan penyakit bawaan makanan, seperti ayam, telur dan daging babi.

Apabila menggunakan gelombang mikro untuk memanaskan semula sisa makanan, pastikan makanan dipanaskan secara sekata. Jika ketuhar gelombang mikro anda tidak mempunyai fungsi putar, ambil langkah tambahan seperti gaul dan kacau lauk anda supaya bahagian bawah dan atas hidangan menerima suhu yang sama.

Kelima, menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk nyahbeku daging atau ayam yang mentah. Langkah ini akan mencemari kebersihan perkakas dapur anda dan sekaligus menyebarkan bakteria berbahaya kepada lauk yang dipanaskan selepas itu.

Untuk pengetahuan anda, jus daripada daging mentah selalunya membawa bakteria berbahaya, jadi jika anda menggunakan gelombang mikro untuk nyahbeku daging, makanan laut atau ayam, ambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan pencemaran silang.

Contohnya, gunakan pinggan gelombang mikro yang berasingan atau basuh pinggan dan permukaan dalam ketuhar anda menggunakan air panas dan sabun di antara kegunaan.

Komen