Carian
CASETiFY Memperkenalkan Kerjasama Pertama Bersama Marvel Menerusi Koleksi Aksesori Spider-Man
June 16, 2023 Lina Rosli

Marvel dan CASETiFY telah mengumumkan kerjasama pertama mereka untuk penawaran aksesori yang merangkumi kerangka untuk telefon pintar, komputer riba dan banyak lagi menerusi koleksi Spider-Man.

Berdasarkan perkongsian CASETiFY, koleksi ini dijangkakan akan mula dibuka jualannya kepada umum pada 29 Jun 2023.

Dan antara penawaran yang paling ditunggu-tunggu adalah kerangka peranti ikonik CASETiFY jenis Impact, Ultra Impact, Mirror, Clear dan Bounce untuk iPhone, Samsung dan Google Pixel yang menampilkan rekaan Sarung Topeng Spider-Man dan Sarung Suit Spider-Man.

Selain itu, menerusi kolaborasi dua jenama ini, Marvel dan CASETiFY akan mengeluarkan aksesori yang sepadan untuk AirPods, AirPods Pro, AirPods Max, AirTags, tali Apple Watch, pengecas nirwayar, dompet MagSafe, sarung pek bateri MagSafe, tali telefon, MacBook dan iPad.

Tidak ketinggalan, mereka turut hadir dengan koleksi edisi terhad – Venom AirPods Max Case dan Spider-Man AirPods Case, yang mana kedua-duanya menampilkan reka bentuk sarang labah-labah secara 3D.


Komen