7 Tempat Penginapan Airbnb Yang Boleh Anda Tempah Sambil Menikmati Kelazatan Durian

June 16, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Waktu yang paling dinanti-nantikan bagi penggemar durian, hari ini Tajria akan berkongsikan kepada anda lokasi Airbnb atau tempat penginapan yang berdekatan dengan dusun durian bagi memudahkan anda menikmati kelazatan durian dengan lebih mudah.

Tidak disangkal lagi, durian merupakan King of Fruits yang telah sekian lama menjadi buah kegemaran ramai. Jadinya, pasti ramai individu yang tidak ingin ketinggalan dalam mendapatkan buah durian terus dari dusun bagi menikmati segala jenis durian dari kumpulan dan kategori berbeza.

Oleh itu, untuk memulakan pencarian durian terbaik untuk tahun ini, apa kata anda mencari sekali lokasi penginapan yang bersesuai untuk menikmati kelazatan durian? Bermula daripada vila mewah hingga ke dusun durian, ini adalah 7 tempat penginapan yang berdekatan dengan dusun durian yang boleh anda kunjungi:

Percutian dengan pemandangan indah

  1. Brickhouse Bukit Tinggi, Bentong – Antara salah satu lokasi dengan pemandangan bukit-bukau yang mempersonakan di samping mempunyai banyak dusun durian yang berdekatan. Di tambah lagi dengan ruang terbuka yang besar serta dihias dengan hiasan yang minimalis, ini sekaligus menjadikan pengalaman menikmati durian anda lebih tenang dan damai sewaktu hujung minggu.
  2. Villa Astara di Karuna Hill, Balik Pulau – Villa ini hadir dengan kemudahan untuk keluarga yang lengkap serta lokasi yang sesuai untuk anda singgah berehat sekiranya anda membuat lawatan ke dusun durian yang berada di Balik Pulau, Pulau Pinang. Anda juga boleh berjalan-jalan di dusun durian dan kemudiannya alami pengalaman melihat matahari terbenam yang menakjubkan dari balkoni sambil menikmati jakuzi luar.

Dusun durian dengan penawaran buah-buahan yang subur

  1. Rumah Pokok Dua Tingkat, Balik Pulau – Sebuah lagi lokasi menarik di Balik Pulau yang menawarkan pengalaman yang mengimbau kenangan waktu kecil. Rumah pokok ini mengetengahkan konsep ruang terbuka dua tingkat yang terletak di sekitar pokok durian berusia 80 tahun. Terletak di tengah-tengah kebun buah-buahan lestari seluas 16 ekar, penginapan unik ini adalah satu dengan alam semula jadi dan dengan semua kemudahan moden yang anda perlukan.
  2. Tanah Larwina dan Far Far Away, Hulu Langat – Kedua-duanya adalah lokasi penginapan di Hulu Langat yang memfokuskan kepada keindahan alam sekitar dan merupakan tempat percutian mesra alam bagi mereka yang ingin melarikan diri dari kehidupan bandar. Mempunyai kolam renang peribadi mereka sendiri, anda juga boleh menikmati s’mores atau barbeku di kawasan luar yang hebat. Kedua-dua hartanah dihiasi dengan pokok buah-buahan tempatan termasuk durian yang pastinya menarik jika anda melawat pada musim ia subur.

Penginapan di ladang yang cantik

  1. Durian Guesthouse, Kulai – Musim durian kini lebih bermakna jika anda menempah vila menarik ini yang terletak di Kulai, Johor. Disebabkan ia dikendalikan oleh sebuah keluarga, maka para tetamu boleh menikmati makanan yang dimasak sendiri dan melawat ladang permakultur milik hartanah itu sendiri, dengan pokok buah-buahan, herba dan sayur-sayuran tempatan.
  2. Aman Dusun: The Blue House, Hulu Langat – Anda juga boleh menikmati bunyi kicauan burung dan sungai yang menyamankan di Aman Dusun: The Blue House. Rumah ini mempunyai ladang kambing persendirian dan pokok buah-buahan tempatan yang banyak termasuk durian, rambutan dan banyak lagi.

Jadi, tunggu apa lagi? Mari mula lakukan pesanan tempahan anda bermula hari ini bagi mendapatkan aktiviti hujung minggu yang menarik di samping menerokai penawaran buah durian yang lazat dari dusun-dusun persendirian di sekitar kawasan Airbnb anda.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd