Minum air yang mencukupi adalah penting untuk tubuh. Hal ini kerana, 70% daripada keseluruhan kapasiti tubuh badan berasal dari air. Dan ini menjadikan air sebagai elemen utama yang akan memastikan kesejahteraan tubuh selain turut membekalkan nutrien yang penting kepada tubuh.
Oleh sebab itu, individu dinasihatkan untuk mendapatkan sekurang-kuranya 3 liter air sehari. Ini bukan sahaja untuk membantu penghidratan harian tetapi juga adalah untuk memberikan kesihatan tubuh secara menyeluruh seperti:
- mengurangkan risiko penuaan kulit wajah. Untuk pengetahuan anda, air mengandungi agen antioksidan yang membantu penyerapan air yang lebih baik.
- menyokong kekuatan sistem imunisasi. Dengan ini, ia boleh mengurangkan penyebaran dan mengurangkan risiko jangkitan bakteria berbahaya didalam tubuh badan.
- membantu melaksanakan proses detoksifikasi yang diperlukan untuk membantu membuang toksin dari badan.
Adakah Minum Air Yang Mencukupi Boleh Mengurangkan Risiko Jerawat?
Jawapannya ya, air boleh mencegah jerawat dengan menggalakkan penghidratan kulit yang betul. Ini berikutan kulit kering boleh mencetuskan pengeluaran minyak berlebihan, yang boleh menyumbang kepada jerawat.
Beberapa kajian mendapati bahawa meningkatkan pengambilan air boleh membantu mengekalkan kondisi kulit yang lembut dan licin apabila digunakan bersama pelembap dan produk penjagaan kulit yang lain.
Sebagai contoh, satu kajian selama 30 hari terhadap 49 wanita mendapati bahawa meminum tambahan 2 liter air setiap hari meningkatkan penghidratan kulit dengan ketara. Dalam satu kajian lain juga, mengehadkan pengambilan air selama 3 hari boleh menyebabkan kawalan gula darah terjejas dan sekaligus meningkatkan risiko pengeluaran minyak yang boleh menyumbang kepada jerawat.
Untuk pengetahuan anda juga, menjelaskan serba sedikit tentang korelasi antara detoksifikasi dan jerawat adalah sebenarnya, hati, buah pinggang, paru-paru, saluran pencernaan, dan kulit anda semuanya terlibat dalam perkumuhan bahan buangan dan toksin dari badan anda.
Oleh itu, air berfungsi baik dalam memberikan proses detoksifikasi yang betul, kerana ia membantu membawa nutrien melalui badan anda, membuang toksin dan memastikan hati dan buah pinggang anda berfungsi dengan cekap.
Akhir sekali, individu juga perlu mengeluarkan toksin melalui peluh. Jadinya, keperluan air adalah sangat penting dalam membantu membebaskan toksin daripada kulit badan anda secara semula jadi.