Carian
Apakah Yang Menyebabkan Kitaran Haid Yang Tidak Teratur?
June 22, 2023 Lina Rosli

Secara umumnya, purata kitaran haid bagi setiap wanita adalah sekitar 4 hingga 7 hari. Dan haid anda biasanya berlaku setiap 28 hari.

Walau bagaimanapun, untuk sesetengah individu, haid juga boleh berlaku dalam tempoh berkisar antara 21 hari hingga 35 hari. Malah, purata panjang kitaran haid ialah 29 hari.

Dalam kes lain juga, terdapat kebarangkalian yang mana individu mengalami gejala haid yang tidak teratur. Namun, apakah yang menyebabkan berlakunya berlaku?

Apakah Yang Menyebabkan Kitaran Haid Yang Tidak Teratur?

Banyak perkara yang menyebabkan haid menjadi tidak teratur, ia termasuklah:

  • melibatkan perubahan tahap hormon
  • tekanan
  • keadaan kesihatan tertentu seperti menopaus
  • kesan ubat-ubatan – seperti pil perancang atau sistem intrauterin (IUS)
  • kehamilan
  • penurunan atau penambahan berat badan yang melampau
  • keadaan perubatan – seperti sindrom ovari polikistik (PCOS) atau masalah tiroid

Untuk keadaan lain, ada sesetengah individu turut mengalami pendarahan haid yang banyak atau berpanjangan. Antara faktor yang mendorongnya berlaku adalah:

  • Sindrom ovari polikistik (PCOS) – pendarahan tidak teratur tetapi teruk
  • Fibroid rahim
  • Polip endometrium – pertumbuhan berlebihan pada lapisan rahim
  • Adenomyosis – kehadiran lapisan rahim di dinding rahim
  • IUD bukan hormon
  • Gangguan pendarahan, seperti leukemia, gangguan platelet, kekurangan faktor pembekuan, atau penyakit von Willebrand
  • Komplikasi kehamilan atau keguguran

Adakah Normal Untuk Individu Mengalami Haid Yang Tidak Teratur?

Jawapannya ya, ia sesuatu keadaan normal untuk mengalami haid yang tidak teratur untuk beberapa tahun pertama haid.

Tetapi satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada anda berada di dalam keadaan yang baik, adalah disarankan untuk anda melawat doktor atau pegawai perubatan terlatih. Tempoh kitaran haid boleh berbeza-beza bagi setiap perempuan, tetapi jika ia berada di dalam keadaan yang tidak normal untuk terlalu lama, keadaan ini boleh menjadi membimbangkan.

Berkemungkinan besar, doktor anda akan memberikan ubat untuk membantu membetulkan masalah haid anda. Atau, jika perkara seperti senaman atau tabiat pemakanan yang menyebabkan masalah ini berlaku, doktor anda mungkin akan memberi anda idea untuk beberapa perubahan.

Sumber: NIH

Komen