Carian
Carian Penginapan Di Singapura Meningkat Sebanyak 8.7x Ganda Pada Sekitar Tarikh Konsert Coldplay – Agoda
June 23, 2023 Lina Rosli

Platform pelancongan digital, Agoda, telah merekodkan peningkatan mendadak dalam carian penginapan di sekitar Singapura.

Angka peningkatan ini dilihat mencecah sekitar 8.7x ganda dalam carian untuk penginapan di Singapura sempena siri konsert Coldplay yang dijadualkan pada Januari 2024. Lonjakan ini didorong terutamanya oleh negara jiran Malaysia dan Indonesia.

Peningkatan Carian Tertinggi (untuk perjalanan ke Singapura)

  1. Indonesia
  2. Malaysia
  3. Filipina
  4. Brunei
  5. Amerika Syarikat
  6. Thailand
  7. Sri Lanka
  8. Hong Kong
  9. China
  10. Australia

Namun begitu, berdasarkan data carian Agoda, Singapura juga boleh menjangkakan ketibaan lebih ramai pelancong dari Hong Kong, Thailand, Amerika Syarikat, Australia, Vietnam, India, Filipina dan banyak lagi pasaran lain.

Peningkatan yang ketara ini sejajar dengan penjualan tiket untuk siri konsert Coldplay yang berlangsung selama 6 hari pada tarikh 23, 24, 26, 27, 30 dan 31 Januari 2024. Ia juga menunjukkan pengaruh muzik merupakan satu faktor pendorong pelancongan yang utama. Dengan enam pertunjukan, Singapura akan menjadi negara persinggahan utama di Asia bagi siri konsert Coldplay ‘Music of the Spheres World Tour’.

Walaupun terdapat peningkatan yang mendadak dalam tempahan dan carian tempat penginapan di Singapura, masih banyak lagi tawaran yang boleh didapati di Agoda. Para pelancong boleh menikmati diskaun tambahan apabila menggabungkan pembelian tiket penerbangan dan penginapan untuk perjalanan ke Singapura dan serata dunia. Ini juga akan membantu para pelancong meneroka dunia dengan harga lebih murah.  

Komen