Carian
FOLLOW ME Memperkenalkan Syampu Khusus Untuk Wanita Bertudung – Hijab Micellar Cool & Fresh Shampoo
June 26, 2023 Lina Rosli

Kelaziman masalah yang dihadapi oleh para wanita bertudung adalah berkaitan dengan rambut. Ini boleh dilihat di mana mereka sering menghadapi masalah kulit kepala yang berminyak, kegatalan kulit kepala, keguguran rambut, akar rambut yang lemah serta pelbagai lagi masalah.

Ditambah dengan cuaca yang panas dan gaya hidup yang aktif, kulit kepala dan rambut yang tertutup dalam keadaan yang lama boleh mengakibatkan kegatalan serta rambut berbau.

Untuk membantu menyelesaikan masalah rambut dan kulit kepala, FOLLOW ME kini memperkenalkan syampu yang direka khas untuk kegunaan para wnaita bertudung menerusi produk yang dinamakan Hijab Micellar Cool & Fresh Shampoo.

Bersama-sama dengan pengenalan produk ini, FOLLOW Me turut hadir dengan kempen Agenda Cool and Fresh (Agenda Dingin dan Segar) yang bertujuan menggalakkan gadis-gadis muda untuk ‘Jom Follow Me‘ bagi mendapatkan keharuman, kesegaran dan keselesaan berpanjangan sewaktu berhijab.

Diformulasi dengan ekstrak Habbatus Sauda, limau nipis, dan minyak zaitun, FOLLOW ME Hijab Micellar Cool & Fresh adalah produk penjagaan rambut terbaru yang membantu memberi perlindungan dan kesegaran yang berpanjangan kepada rambut dan juga kulit kepala.

Syampu ini memanfaatkan khasiat ekstrak-ekstrak tumbuhan semula jadi untuk memberikan kesegaran serta-merta dengan haruman bunga dan buah yang kekal berpanjangan sehingga 48 jam.

Ditambah lagi dengan formula mentol yang diperkaya dengan ekstrak limau, syampu ini memastikan kulit kepala segar dengan sensasi sedingin ais dan menjadikan ia sangat sesuai untuk memulakan hari dengan selesa bagi menghadapi cuaca panas di Malaysia ini.

Seterusnya, FOLLOW ME turut menampilkan teknologi Micellar yang mana syampu ini boleh bertindak menyingkirkan sebarang kotoran, minyak lebihan, serta bau kepam setelah seharian berhijab untuk pembersihan sempurna dan menyeluruh.

FOLLOW ME juga tampil dengan wajah baru untuk rangkaian produk penjagaan rambut lain termasuklah:

  • Hijab Micellar Anti-Itch Shampoo berfungsi meredakan kegatalan kulit kepala dan anti kelemumur.
  • Hijab Micellar Hair Fall Solution Shampoo menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut.
  • Hijab Anti-Frizz Hijab Mist dan Hijab Soft & Voluminous Hijab Mist menampilkan rambut lebih bersinar, lembut dan terurus serta aroma buah-buahan manis dan menenangkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangakaian produk FOLLOW ME dan Hijab Micellar, anda boleh kunjungi ke laman web www.followme.com.my atau ikuti laman Facebook dan laman Instagram jenama ini.  

Komen