Carian
McD Memperkenalkan Iced Blended Strawberry With Oreo – Menu Minuman Baharu Di McCafe
June 26, 2023 Lina Rosli

Sebelum ini, McDonald’s telah sedia menawarkan sajian minuman berasaskan Oreo di dalam menu iaitu Iced Blended Chocolate with Oreo dan Iced Chocolate with Oreo.

Oleh itu, untuk kali ini, McD nampaknya memperkukuhkan lagi penawaran hidangan berasaskan biskut susu kegemaran ramai ini menerusi satu lagi pilihan minuman terbaru di McCafe yang sekaligus melengkapkan penawaran siri Oreo ini iaitu:

  • Iced Blended Strawberry with Oreo (Terbaru)
  • Iced Blended Mocha with Oreo
  • Iced Blended Chocolate with Oreo

Melalui Iced Blended Strawberry with Oreo, anda boleh merasakan kesegaran air buah strawberi yang kemudiannya ditambahkan dengan kemanisan biskut Oreo sebagai pelengkap sajian. Digabungkan pula dengan ais, minuman ini pastinya memberikan kesegaran maksima pada hari yang panas ataupun di saat anda menginginkan sesuatu yang menarik.

Bagi yang berminat, nikmati minuman Iced Blended Strawberry with Oreo yang baru ini, kunjungi ke McCafe berdekatan anda dan dapatkannya pada harga bemula RM15.00 secawan.

Cubalah sendiri dengan membuat pesanan melalui McDelivery, Drive Thru atau Takeaway hari ini!

Komen