Carian
L’Oreal Groupe Kini Mempunyai 12 Jenama Produk Kecantikan Dan 50 Rangkaian Fizikal Di Malaysia
June 27, 2023 Lina Rosli

Menjadi antara jenama kecantikan yang menawarkan rangkaian produk yang luas di Malaysia, tahukah anda bahawa L’Oreal Groupe mempunyai sekitar 12 jenama produk kecantikan dan penjagaan diri yang boleh anda dapati di pasaran?

Antara jenama yang boleh anda temui di kebanyakan butik kecantikan dan rangkaian drugstores termasuklah:

  • L’Oréal Paris
  • La Roche Posay
  • Garnier
  • Maybelline New York
  • Lancôme
  • Yves Saint Laurent Beaute
  • Armani Beauty
  • Kiehl’s
  • shu uemura
  • IT Cosmetics
  • Kérastase

Dengan adanya rangkaian produk yang pelbagai di bawah satu induk L’Oreal Groupe, ini sekaligus menjadikan jenama ini sebagai jenama kecantikan unggul yang menampilkan 4 tunjang utama dalam industri kecantikan dan penjagaan diri iaitu:

  • Produk untuk profesional (L’Oreal Professional Products) 
  • Produk kecantikan umum (L’Oreal Consumer Products)
  • Produk mewah (L’Oreal Luxe)
  • Produk dermatologi (L’Oreal Dermatological Beauty)

Selain itu, di Malaysia, kini L’Oreal mempunyai sekitar 50 rangkaian fizikal yang boleh dilawati umum di seluruh Malaysia. Manakala L’Oreal kini boleh didapati di 150 negara di seluruh dunia.

Komen