L’Oreal Groupe Meterai Memorandum 5 Tahun Bersama KPM – Bakal Perkenalkan Kursus Kosmetologi Untuk Pelajar TVET

June 27, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Di dalam sebuah acara yang dianjurkan L’Oréal Malaysia, jenama kecantikan nombor satu dunia ini telah mengumumkan satu komitmen baharu bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang selari dengan visi mereka iaitu ‘Mencipta Kecantikan yang Menggerakkan Dunia’.

L’Oréal Malaysia dilihat telah menyahut seruan Kerajaan untuk perkongsian industri dalam menyelesaikan ketidakpadanan kemahiran graduan hari ini dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) lima tahun dengan Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Bahagian Pendidikan dan Latihan Vokasional Teknikal (Bahagian Pendidikan) ) dan Latihan Teknikal Vokasional / BPLTV).
MoU itu akan menyaksikan L’Oréal Malaysia dan TVET bekerjasama dalam memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk 17 kolej vokasional kebangsaan pengkhususan dalam kosmetologi.

Melalui kerjasama ini, pelajar kosmetologi akan lebih terdedah dengan pasaran kerja melalui latihan dan peningkatan kemahiran, memudahkan pemindahan pengetahuan, serta peluang untuk pendedahan industri.

Melengkapkannya adalah 86 program akan ditawarkan untuk peringkat diploma dan juga sijil.

Tambah KPM, L’Oreal merupakan salah satu peneraju utama dalam industri kecantikan yang turut memperjuangkan kecantikan yang inklusif, pelbagai, pemerkasaan, dan kebertanggungjawaban. Oleh itu, mereka percaya dengan kerjasama bersama L’Oreal, ia menjangkakan dapat merapatkan jurang antara ‘demand and supply’ antara institut pendidikan dan industri.

Tidak hanya tertumpu kepada penawaran informasi secara teori, kursus Kosmetologi ni juga dijangkakan akan menampilkan pelbagai penawaran praktikal yang bersesuaian dengan keperluan industri. Di samping itu, menerusi kursus ini juga, pelajar akan memperoleh bimbingan secara langsung dari industri. Ini adalah untuk memastikan semua pelajar telah bersedia dengan permintaan dan juga trend di dalam pasaran kecantikan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd