Carian
Kira-Kira 5.9 Juta Tan Sisa Pepejal Perubatan Telah Dibuang Di Tapak Pelupusan Sampah – Boleh Mengakibatkan Pemanasan Global
July 4, 2023 Lina Rosli

Tahukah anda, di peringkat global, sistem penjagaan kesihatan menyumbang kira-kira 5.9 juta tan sisa pepejal kepada tapak pelupusan sampah selain turut memperlihatkan lebih 4% pelepasan karbon kepada alam sekitar?

Antara sisa pepejal yang didapati banyak di tapak pelupusan sampah termasuklah alat sedut pelega asma, yang sering dibuang sebelum ia kosong sepenuhnya. Penyedut seumpamanya mengandungi bahan dorong yang merupakan gas rumah hijau yang menyumbang kepada pemanasan global.

Setiap satu alat penyedut berkenaan berpotensi melepaskan gas rumah hijau yang boleh memenuhi 300 belon, dan bila digabungkan dengan mana-mana sisa perubatan, boleh menyebabkan kebakaran atau menyusup ke dalam alam sekitar.

Makanya, adalah penting untuk setiap individu melakukan pengurusan pelupusan secara teratur bagi bahan sisa perubatan yang tidak lagi digunapakai.

Untuk pengetahuan anda juga, pek pembungkusan ubat terpakai lazimnya digunakan di dalam penyimpanan ubat turut boleh menyumbang kepada peningkatan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah, manakala ubat yang tidak dihabiskan di dalam pek tersebut berisiko mendatangkan bahaya apabila ia diresap ke dalam tanah atau saluran air. 

Oleh yang demikian, GSK Malaysia mengambil peranan penting di dalam menguruskan pelupusan sisa perubatan dan sekaligus bertanggungjawab menjayakan fasa kedua kempen #GiveBack di seluruh negara, yang dilancarkan sewaktu Hari Alam Sekitar Sedunia yang lepas.

Kempen ini merupakan usaha Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di seluruh Malaysia untuk mengumpul alat sedut pelega asma dan pek ubat terpakai, ataupun yang telah tamat tempoh serta tidak lagi diingini untuk dilupuskan secara teratur dan selamat.

Kempen #GiveBack merupakan sebahagian daripada komitmen GSK Malaysia terhadap kemampanan global, dan mereka akan memberi sepenuh perhatian bagi mencapai impak sifar bersih ke atas iklim dan impak positif bersih ke atas alam sekitar menjelang 2030.

Menerusi kempen ini juga, GSK Malaysia turut berkongsi kaedah mudah bagi orang ramai di Malaysia melupuskan alat sedut pelega asma dan pek ubat terpakai secara bertanggungjawab dan sekaligus mengurangkan kesan negatif terhadap bumi.

Peranan Setiap Individu Dalam Melupuskan Sisa Perubatan Di Rumah

Bagi anda yang ingin melakukan pengurusan sisa perubatan yang betul di rumah, berikut adalah langkah penjagaan dan pengurusan sisa yang boleh anda praktikkan:

  • Elakkan daripada menyingkirkan ubat yang tidak digunakan dengan cara yang tidak bertanggungjawab. Sebaliknya, kumpul dan lupuskan ubat-ubatan di kotak khusus yang disediakan sama ada di hospital atau klinik berdekatan.
  • Untuk alat pelega asma, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan agar membuangnya ke dalam tong sampah yang khusus sejurus selepas digunakan dan tidak menggunakannya semula.
Komen