Carian
Earth & Me Memperkenalkan Lampin Buluh Biodegradasi Untuk Bayi Pertama Di Malaysia
July 4, 2023 Lina Rosli

Earth & Me, jenama produk bayi yang memfokuskan kepada kelestarian telah memperkenalkan lampin bayi pakai buang biodegradasi pertama di Malaysia.

Diperbuat daripada buluh organik dan bersumberkan bertanggungjawab, lampin ini merupakan inovasi baharu oleh Earth & Me dalam menangani impak peningkatan jumlah plastik kepada alam sekitar.

Untuk pengetahuan anda, penggunaan lampin konvensional pada masa kini telah mendatangkan kebimbangan dalam kalangan pihak terlibat. Ini kerana, rata-rata lampin di pasaran diperbuat daripada bahan plastik dan ia sekaligus telah menjadi salah satu penyumbang terbesar sisa plastik secara global.

Secara umumnya, lampin pakai buang dianggarkan akan mengambil alih 500 tahun untuk mengurai. Jadinya, sebagai perbandingan, lampin buluh Earth & Me dilihat boleh terbiodegradasi lebih 60 peratus dalam masa 75 hari sahaja.

Lampin Buluh Biodegradasi Baik Untuk Alam Sekitar Dan Bayi

Menurut Earth & Me, bahan buluh yang digunakan di dalam lampin mereka telah diperoleh secara beretika daripada hutan buluh terpilih di China. Ia dikatakan telah dipilih dengan teliti selain turut tidak menggunakan racun perosak dan racun herba sewaktu penanamannya.

Dengan sifat regeneratifnya, buluh adalah alternatif lestari yang berkembang pesat dan memerlukan kurang air semasa kitaran pengeluarannya berbanding tumbuhan lain.

Dengan memanfaatkan kebolehnafasan semula jadi buluh, lampin Earth & Me menyerap lebih banyak cecair daripada kapas, dan dibuat untuk keselesaan sepanjang hari dan semalaman. Memandangkan lampin itu lembut dan bersifat hypoallergenic, gentian buluh di dalamnya secara organik menghilangkan lembapan serta mengurangkan kemungkinan kerengsaan kulit dan ruam.

Selain itu, lampin buluh biodegrasi ini sesuai untuk penggunaan semua bayi termasuklah bayi dengan masalah kulit sensisiti. Ini kerana, lampin ini tidak mengandungi bahan berbahaya seperti logam berat, klorin, perwarna, pencerah dan pewangi tiruan.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan lampin buluh terbiodegradasi Earth & Me, ia tersedia dalam pelbagai saiz dari S hingga XL. Lampin ini juga memenuhi keperluan bayi baru lahir dengan pelbagai jisim dan jenis badan, meliputi berat dari 2.5kg hingga 20kg.

Dalam masa terdekat, jenama Earth & Me juga dijangka akan memperkenalkan lebih banyak lagi pilihan produk lestari dan kini dalam perancangan untuk membangunkan variasi seluar latihan yang mana ia dilihat akan menyediakan pilihan tambahan untuk bayi yang sedang membesar.

Selain lampin bayi, Earth & Me juga menawarkan tisu pembersih semula jadi yang mesra bayi. Sama seperti produk lampin, tisu ini bebas daripada pewangi tiruan, bahan kimia atau alkohol, ia menampilkan pilihan ekstrak berasaskan tumbuhan — termasuk daun aloe vera, cica, dan limau gedang.

Untuk maklumat lanjut tentang Earth & Me, anda boleh layari laman rasmi Earth & Me di pautan www.earthnme.co bermula hari ini.

Komen