Pameran Food & Drinks Malaysia Oleh SIAL Network Diadakan Di MITEC – Memperlihatkan Inovasi Baharu Untuk Makanan Mampan

July 4, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

Di acara Food & Drinks Malaysia (FDM) yang dianjurkan oleh Salon International de I’alimentation Network (SIAL Network – disebut sebagai sai-uhl), seramai 450 jenama makanan dan minuman tempatan dan antarabangsa dari 22 buah negara telah mengambil bahagian dalam memperkenalkan barisan produk mereka.

Kesemua produk makanan dan minuman ini dilihat hadir dengan teknologi dan inovasi serba baharu yang mengetengahkan elemen kelestarian dari sudut janaan bahan pembuatan makanan serta proses-proses lain yang melibatkan penyediaan dan pengurusan makanan.

Untuk pengetahuan anda, acara FDM ini akan berlangsung selama 3 hari iaitu mulai 4 hingga 6 Julai di MITEC, Kuala Lumpur. Menurut SIAL, sepanjang ia berlangsung, para pelawat boleh menerokai pelbagai peluang dalam sektor makanan dan minuman yang merangkumi, makanan laut dan perikanan, teknologi makanan, produk protein alternatif, rempah ratus dan perasa serta makanan halal secara menyeluruh.

Sekiranya anda ingin melawat pameran FDM ini, terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh anda terokai termasuklah:

  • Persidangan mengenai Makanan yang bertemakan ‘The Next Frontier’
  • Forum Halal Serantau
  • Pavilion Makanan dan Pertanian Masa Hadapan oleh Impact Circle

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd