Apabila sebut sahaja tentang Nasi Lemak, pastinya anda akan teringatkan kedai kegemaran anda yang menawarkan menu Nasi Lemak istimewa. Dilengkapi dengan sambal ikan bilis, telur rebus, timun dan kacang goreng, pastinya membuatkan selera anda bertambah-tambah apabila berfikir tentangnya.
Mana tidaknya, sekiranya anda ingin cuba menyediakannya sendiri di rumah, sudah tentu proses penyediaannya akan mengambil masa yang lama. Setiap satu hidangan yang dipersembahkan di dalam sepiring Nasi Lemak, perlu disediakan dengan teliti untuk mendapatkan rasa yang anda idamkan.
Namun, kini anda tidak perlu risau kerana industri makanan dan minuman di Malaysia telahpun hadir dengan pelbagai inovasi yang menarik sekaligus membantu memudahkan cara penyediaan makanan sendiri di rumah.
Ini termasuk inovasi yang diperkenalkan oleh jenama makanan tempatan, Rasaku oleh LINACO Manufacturing Sdn Bhd. Mereka memperkenalkan inovasi baharu bagi penyediaan Nasi Lemak dirumah menggunakan serbuk dan cecair pracampur.
Menggunakan serbuk ataupun cecair pracampur Rasaku, anda boleh mendapatkan rasa Nasi Lemak yang anda gemarkan. Hanya sukat dan tetapkan saiz hidangan yang anda ingin sediakan, kemudiannya letakkan serbuk ataupun cecair pracampur Rasaku ke dalam periuk dan mula tanak nasi anda.
Setakat ini, serbuk dan juga cecair pracampur ini masih belum ditawarkan lagi di dalam pasaran tetapi ia dijangka akan diperkenalkan dalam masa terdekat.