Carian
Sheraton Johor Bahru Dijangka Dibuka Pada Tahun 2025 – Menawarkan Sebanyak 345 Buah Bilik
July 4, 2023 Lina Rosli

Marriott International telah menandatangani perjanjian pengurusan hotel bersama Kumpulan SKS untuk membawa jenama Sheraton ke selatan Malaysia iaitu di Johor Bharu.

Berdasarkan perancangan, Sheraton Johor Bharu dijangka akan dibuka pada tahun 2025, yang mana ia akan menampilkan sebanyak 345 buah bilik yang ditawarkan untuk tempahan. Dengan termeterainya perjanjian ini, Sheraton Johor Baharu merupakan hartanah kedua dengan kerjasama Kumpulan SKS, selepas pembukaan Four Points oleh Sheraton Desaru yang dibuka pada 2021.

Sheraton Johor Bahru ini bakal dibina di sepanjang Jalan Storey, dengan akses terus ke Lebuhraya Tebrau yang menghubungkan ke pelbagai bahagian di negeri ini dan seterusnya.

Dengan lokasinya yang strategik dan kebolehcapaian yang tinggi, Marriott International menyasarkan untuk menarik kedua-dua tetamu korporat yang dalam melakukan perniagaan serta pengunjung biasa yang ingin bercuti dengan cara menawarkan pengalaman komunitinya yang istimewa.

Di samping penawaran bilik yang selesa dan servis yang pelbagai, Sheraton Johor Bharu juga akan menampilkan bufet dapur terbuka bagi restoran mereka, gabungan bar, bar kopi dan pasar dengan menu yang menyelerakan sepanjang hari.

Seterusnya, di dalam pelan pembangunan mereka, Sheraton Johor Bharu juga akan menyediakan pelbagai kemudahan di hartanah termasuk kolam renang luaran, kolam kanak-kanak dan Pusat Kecergasan dengan gim, sauna dan bilik wap yang canggih.

Selain itu juga, Sheraton Johor Bharu terletak berhampiran dengan kemudahan pengangkutan yang menghubungkan Terminal Bas Sentral Johor Bahru dan Stesen Sistem Transit Rapid (RTS) Bukit Chagar Johor Bahru – Singapura yang dijadualkan siap menjelang akhir 2026.

Komen