Carian
Menu Edisi Terhad KFC Di Kentucky Town – Samyang Buldak Double Down, Zinger Fire Ice Cream, KFC Floating Island
July 4, 2023 Lina Rosli

KFC kini telah berkongsi menu edisi terhad sempena acara Kentucky Town yang berlangsung di Ruang Legar Biru, Sunway Pyramid.

Bagi anda yang tidak ingin ketinggalan dalam mencuba hidangan makanan dan minuman yang tidak pernah ditawarkan di cawangan KFC di Malaysia, maka ini adalah peluang keemasan untuk anda mendapatkannya.

Berikut adalah senarai hidangan edisi terhad yang ditawarkan di Kentucky Town bermula 4 hingga 10 Julai 2023.

  • KFC Samyang Buldak Double Down – menggunakan sos pedas ramen (agak pedas)
  • KFC Korean Cheesy Paper Wrap – menampilkan quattro cheese (agak pedas)
  • KFC Cracklin’ Gold Crunch
  • KFC Hot & Spicy Chicken Skin – menampilkan kulit ayam rangup (sedikit pedas)
  • KFC O.R Wings 6 Ketul
  • KFC Ghost Pepper Drummette 6 Ketul – menu paling pedas KFC

Selain ayam goreng dan hidangan lain berasaskan ayam, KFC turut menampilkan pencuci mulut unik seperti:

  • KFC Zinger Fire Ice-Cream – gabungan pedas dan manis aiskrim
  • KFC Affogato Nescafe – khas buat penggemar kopi
  • KFC Waffle Sticks with Crunchy Chocolate Dip – menggunakan coklat Kit Kat sebagai sos
  • KFC Latte
  • KFC Americano

Dan yang terakhir untuk penggemar jus unik, di bawah adalah senarai minuman buah-buahan yang boleh anda cuba:

  • KFC Summer Blast
  • KFC Pink Squeeze
  • KFC Floating Island

Untuk terus mengetahui berita dan perkembangan terkini KFC Kentucky Town, anda boleh layari laman Facebook dan Instagram KFC Malaysia ataupun kunjungi ke laman web khusus KFC di https://kentuckytown.kfc.com.my/#home.

Komen