Carian
Gigi Coffee Memperkenalkan Ciri ‘Order Ahead’ – Pengguna Boleh Membuat Pesanan Dan Ambil Kemudian Di Lokasi Yang Dipilih
July 6, 2023 Lina Rosli

Selain melakukan pesanan melalui aplikasi GrabFood, FoodPanda dan juga ShopeeFood, tahukah anda bahawa aplikasi Gigi Coffee juga turut membenarkan anda melakukan pesanan minuman dan makanan kegemaran anda?

Bukan itu sahaja, Gigi Coffee turut menawarkan penggunaan Gigi Wallet yang mana pengguna boleh menambah nilai pada aplikasi dan terus membuat bayaran di akaun mereka.

Dan kini, Gigi Coffee memperkenalkan ciri Order Ahead yang membenarkan individu untuk melakukan pesanan bagi minuman kegemaran mereka terlebih dahulu sebelum mereka tiba di lokasi Gigi Coffee yang telah ditetapkan.

Untuk mula menggunakan ciri Order Ahead ini, anda boleh:

  1. Muat-turun aplikasi Gigi Coffee di App Store atau Play Store.
  2. Kemudian, daftarkan keahlian dan tetapkan Gigi Wallet anda.
  3. Untuk melakukan tambah-nilai wang dalam dompet Gigi Coffee, anda boleh memilih tiga pilihan pembayaran iaitu dompet digital, pembankan atas talian dan pembayaran menggunakan kad debit dan kredit.
  4. Seterusnya, pilih rangkaian fizikal yang anda ingin tetapkan sebagai lokasi pengambilan dan selepas itu, anda boleh menambah senarai minuman yang ingin anda pesan.
  5. Selepas 10 minit, minuman yang anda pesan akan tersedia dan boleh mula dinikmati.

Di bawah adalah senarai rangkaian fizikal yang mula menawarkan ciri Order Ahead:

Lokasi untuk menggunakan Ciri Order Ahead masih lagi terhad. Namun, ia dijangka akan diperluaskan lagi di lebih banyak tempat dalam masa yang terdekat. Selamat mencuba!

Komen