Gelisah apabila bateri semakin lemah – kita semua pasti pernah merasakannya, lebih-lebih lagi dengan gaya hidup masa kini yang semakin digital dan sentiasa terhubung. Kita akan panik apabila bateri peranti kita turun ke paras yang membimbangkan di saat kita memerlukannya, contohnya semasa panggilan telefon yang penting, mencari jalan di lokasi yang asing, atau mungkin juga untuk perkara-perkara seharian seperti pembelian dalam talian atau pembayaran nirtunai.
Hal inilah yang mendorong ramai di antara kita untuk mempunyai tabiat mengecas peranti kita sebelum tidur, dan mengapa kita mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan kita sentiasa mempunyai akses untuk pengecasan dalam perjalanan.

Pendek kata, kerisauan tahap bateri yang rendah bukanlah berpunca daripada angka peratusan bateri yang ditinggal pada peranti, tetapi lebih kepada rasa bimbang sekiranya kita tidak mempunyai kuasa yang cukup ketika diperlukan.
Namun begitu, ia tidak dapat dinafikan bahawa elektrifikasi merupakan masa hadapan kita, dan ia turut meliputi aspek mobiliti peribadi kita dan kereta yang kita pandu. Tambahan pula dengan faedah-faedah yang ditawarkan seperti:
- pengurangan kesan iklim
- peningkatan prestasi
- pengalaman pemanduan yang canggih
Untuk beralih ke kenderaan elektrik, anda perlu memahami cara gaya hidup anda. Ini termasuk:
- akses anda kepada titik pengecasan
- jumlah perjalanan harian anda
- jenis laluan yang biasa anda ambil
Kereta Elektrik – Perancangan Volvo Cars Dalam Industri Ini
Menurut Volvo Cars, setiap individu sebenarnya mempunyai keperluan yang berbeza sekiranya menggunakan kereta elektrik. Namun, ini tidak menganggu gugat cita-cita Volvo untuk menawarkan rangkaian kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030.
Oleh sebab itu, Volvo Cars kini masih lagi dalam perancangan untuk hadir dengan jaminan dan pelan sandaran sebelum mengambil langkah untuk memulakan perjalanan mobiliti elektrik.

Bagi menangani kerisauan ini, barisan penuh Kenderaan Plug-in Hibrid Elektrik (PHEV) Volvo kini dilengkapi dengan rangkaian kuasa hibrid mungkin boleh menjadi penyelesaian yang membolehkan anda untuk berjalan jauh tanpa bimbang.
Menerusi PHEV, membolehkan para pemilik kereta membuat pilihan antara motor elektrik atau enjin pembakaran dalaman, atau kedua-duanya pada masa yang sama. Ia mengoptimumkan prestasi, jarak dan penggunaan bahan api untuk setiap pemanduan anda.
Sekiranya perkara tersebut berlaku, PHEV hanya perlu beralih kepada petrol untuk menghabiskan perjalanan tersebut. Rangkaian kuasa hibrid ini membolehkan pemandu menikmati faedah pemanduan elektrik atau meningkatkan penjimatan bahan api secara meluas sambil menggunakan kuasa petrol yang dibantu oleh elektrik.
Volvo Car Malaysia menawarkan pelbagai pilihan untuk rangkaian PHEVnya dengan kenderaan utiliti sukan XC60 Recharge dan XC90 Recharge.
Pada tahun 2022, Volvo Cars telah memperkenalkan rangkaian kuasa baharu dan memperkasakan kesemua model hibrid plug-innya, memberikan kenderaan-kenderaan ini bateri jarak jauh kuasa 18.8kWh dan jarak sehingga 90km.
Untuk kegunaan praktikal, jarak tambahan ini membolehkan pemiliknya boleh menggunakan fungsi elektrik penuh bagi perjalanan harian, manakala petrol hanya berfungsi sebagai sandaran atau untuk perjalanan lebih jauh di hujung minggu atau rentas negeri.
Sekiranya digunakan semata-mata sebagai kenderaan elektrik, ketersediaan pengecas dinding (wallbox) khusus di rumah adalah sangat berguna untuk kenderaan hibrid plug-in. Sama seperti proses pengecasan telefon di malam hari sebelum tidur, pemilik kenderaan hibrid plug-in juga boleh memulakan hari mereka dengan kenderaan yang sudah dicas penuh dan sedia untuk digunakan.
Pemilik kenderaan hibrid plug-in juga boleh mengecas kenderaan mereka di mana-mana sahaja semasa berada di luar melalui alur keluar 3-pin biasa.

Kelebihan Menggunakan Kereta Elektrik – Dari Sudut Kelestarian
Pemilikan kenderaan elektrik merupakan langkah peribadi ke arah mobiliti lestari. Setiap langkah adalah sama penting, tidak kira sama ada kenderaan yang dipandu merupakan kenderaan hibrid atau elektrik penuh. Kenderaan hibrid plug-in Volvo membolehkan pemiliknya memilih untuk memberi impak yang positif kepada alam sekitar mereka.
Apabila dipandu dengan rangkaian kuasa hibrid menggunakan petrol dan dibantu elektrik, ia hadir dengan beberapa faedah positif kepada alam sekitar. Ini termasuk pengeluaran karbon akan berkurangan dan apabila ia dipandu dengan kuasa elektrik sepenuhnya, pemanduan tersebut menghasilkan pengeluaran yang sifar.

Bagi anda yang berminat untuk terus menerokai kenderaan elektrik daripada Volvo Cars, anda boleh layari laman rasmi Volvo Car Malaysia dan nikmati pelbagai penawaran menarik. Antaranya, insurans kereta percuma untuk tahun pertama dan VSP (Pelan Perkhidmatan Volvo 5 tahun) bernilai hampir RM20,000 apabila anda membuat pembelian kenderaan elektrik hibrid Volvo yang baharu dari 1 Julai hingga 30 September 2023 ini.
VSP ialah pakej perkhidmatan kereta komprehensif yang meliputi lima perkhidmatan kereta pertama anda, termasuklah barangan haus dan lusuh serta kos buruh, kemas kini perisian percuma dan pemeriksaan kesihatan kenderaan.