A&W Malaysia Kini Sudah Mempunyai 100 Cawangan Di Malaysia

July 6, 2023
Uncategorized

Lina Rosli

A&W merupakan rangkaian restoran makanan segera Amerika yang popular dengan penawaran root beer dan juga floats. Dan di Malaysia, jenama makanan segera ini telahpun bertapak selama 60 tahun di Malaysia iaitu sejak tahun 1963.

Kemudian, pada tahun 1965, A&W turut membuka restoran pandu lalu mereka yang pertama di Petaling Jaya. Ini sekaligus menjadikan antara jenama makanan segera terawal yang beradaptasi dengan penawaran pesanan yang pelbagai.

Dan pada tahun 2023 ini, A&W Malaysia telahpun menambah satu lagi cawangan baharu iaitu cawangan Malaysia mereka yang ke-100 di Sierra 16.

Menurut A&W Malaysia, cawangan ini hadir dengan beberapa reka bentuk yang menarik seperti ruang untuk pemanis mulut (dessert bar), kiosk pesan sendiri, dinding yang memperlihatkan mesin-mesin unik dari A&W dan banyak lagi.

Selain daripada pembukaan cawangan A&W di Sierra, jenama ini juga bakal ditambah di beberapa kawasan lain termasuk tempat-tempat tumpuan ramai di sekitar Lembah Klang dan juga di negeri-negeri lain di Malaysia

Tunggu apa lagi? Kunjungi cawangan A&W berhampiran dan pulihkan tenaga anda! Maklumat lanjut boleh didapati di https://anwmalaysia.com.my/anw-malaysia/.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd